Isnin, 8 Februari 2010

umNO TELAH BERJAYA DI PUSINGAN AWAL..

Biar apapun keputusan dan perkembangan kes DSAI, umNO telah berjaya dipusingan awal. Mereka berjaya aibkan DSAI dan paling penting mereka berjaya mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap perbicaraan tersebut walaupun negara sedang menghadapi kemelut demi kemelut besar.

Dengan tumpuan diberikan kepada perbicaraan tersebut, maka tentunya tumpuan DSAI terutamanya terpaksa dialihkan kepada kes mahkamah dari memperkuatkan dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tenaga yang diberikan tentunya terpaksa dibahagi dua.

Apa yang paling penting, bagaimana perbicaraan ini dapat menarik sokongan atau sekurang kurangnya simpati rakyat terhadap DSAI. Umum mengetahui orang melayu khususnya adalah bangsa yang lembut hati dan mudah kasihan. Meletakkan kesalahan kepada Shyyyfool bukanlah strategi politik. Biarlah peranan itu dimainkan oleh peguam bela DSAI. Bagi ahli politik khususnya blogger dan pimpinan Pakatan Rakyat tugas kita ialah meraih simpati rakyat terhadap DSAI dan keluarganya. Menumpukan kejahatan Najib sebagai perancang utama kes tersebut. Shyyyfoolll tidak langsung mempunyai nilai politik. sebaliknya umNO dilihat mempotretkan Shyyfool sebagai mangsa yang tak berdaya..bertujuan meraih simpati rakyat!

Ingat.. gambar DSAI yang lebam adalah simbol kezaliman pemerintah yang digandingkan dengan jasa DSAI dalam kerajaan terhadap rakyat Malaysia.Rakyat menterjemahkan simpati melalui undi 1999. Tumpukan terhadap serangan dan sasaran yang sebenar,...

jua buat blogger yang masih berkubang dengan isu dalaman... sedarlah... anda tidak membantu jamaah atau Pakatan Rakyat ....tetapi membebankan jamaah dan Pakatan Rakyat..... Orang sudah ke bulan... jangan lagi menghabiskan masa dengan bermain layang layang atau kuda kepang!!!

1 ulasan:

Unknown berkata...

betul sangatlah apa yg ko fitnah ni..tapi apa yg aku nampak sebenarnya cuba kau pusingkan kenyataan ko tu..sebenarnya bila abg anuwar ni sibuk dimahkamah, aku rasa negara Malaysia ada sikit aman dari isu2 hangat yg mampu menghancurkan negara dan melagakan antara bangsa sesama bangsa antara kaum dengan kaum, cuba peratikan betul2..ada juga logiknya tau, ni yg aku dengar org dok berborak sakan kat kedai kopi lah kan, tapi bila aku peratikan juga ada benarnya, Almaklumlah semua pun org abg anuwar duk sibuk dan berpusu-pusu, yg berkampung pun ada kat mahkamah tu, jadi nampaknye mcm tak sempat nak atur dan rancang strategi peningkan rakyat dan negara,