Di saat PKR sedang bergelora lantaran beberapa MP nya yang angkat kaki dan serangan bertubi bekas pengikutnya terhadap bos lama mereka, PKR terus mampu bertahan. Berita kematian MP Hulu Selangor satu kesedihan, Namun di sebaliknya ada hikmah.
Pilihanraya kecil yang bakal di adakan adalah satu peluang keemasan PKR menutup mulut pengkritik yang tentunya kecewa besar jika PKR bersama PR terus menang besar dalam PRK tersebut. Sewajarnya jentera itu telah digandakan bagi menutup terus mulut MP gatal lidah yang kebas selama bersama PKR dulu.
Namun di saat itu, Malaysiakini melalui penulis yangs ememangnya dilihat sering cuba mewujudkan gelora dalam PAS terus menggasak dengan pelbagai spekulasi yang di harap di sambut bloggers. Terbaru mengenai pemilihan Majlis Syuro. Sebenarnya tiada banyak yang berubah. Yang jelas kedengaran ialah Ahmad Awang tidak lagi dipilih bersama dewan atau majlis tertinggi PAS itu.
Jumadi melalui ulasannya seakan dilihat cuba mewujudkan suasana kononnya TGNA telah di tolak kerana dilihat selalu bertembung idea dengan TG Presiden. Usaha jahat dan racun ini ditiupkan Jumadi bagi mewujudkan gelisah dan membangkitkan fitnah di kalangan bloggers.disini
Entah apa tujuan penulis upahan ini mensensasikan berita yang tiada asal usulnya tidak diketahui.... Tetapi Jumadi dilihat semakin melampau dalam menggelorakan tasek yang kian damai itu.... dengan bersandarkan berita Harakah dialy beliau membuat spekulasi sendiri dengan harapan ianya di sambut.... moga Allah menghindarkan kita dari fitnah yang tersebar di sekeliling kita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan