Isu baru pulak yang didendangkan ..... Sapa nak jadi Mursyidul Am PAS? Keputusan belum keluar... ramai dah buat spekulasi... bukan setakat spekulasi je... siap buat tuduhan dengan andaian... jika ini berlaku... jika ini berlaku... jika ini berlaku... padahal tak berlaku pun.... jika jika itu dah bertebaran dengan hujah jika berlaku...sedangkan tak berlaku juga....
Kalau setakat kata Ustaz Ahmad Awang tak dilantik lagi...tentu tak berapa mengajak orang marah kerana dah ramai yang tak peduli Ustaz Ahmad Awang sejak meninggalkan jawatan Pesuruhjaya PAS Perak sewaktu PAS dan Pakatan Rakyat Perak berhempas pulas dibuli kerajaan KUDETA.
Cerita kemungkinan TGNA tak dilantik kembali sebagai Musrsyidul Am didendangkan dengan pelbagai tuduhan sebab tidak dilantik kononnya atas sebab marah TGNA tak setuju UG ( TGNA pun tak timbulkan cerita ni selepas mendapat penjelasan apa sebenar yang berlaku). TGNA sendiri mendedahkan bahawa beliau sedar kegagalan beliau hadir dalam banyak mesyuarat kerana keuzuran
Secara peribadi saya sangat berharap agar TGNA terus memimpin majlis Syuro kerana kelayakannya sebagai ulama yang dihormati dan disanjug oleh semua temasuk TG Presiden. ( tengok saja gambaran setiap kali pertemua TGHH dan TGNA. alangkah indahnya gandingan kedua orang Tuan Guru ini). Kemesraan ini nampaknya banyak menimbulkan kecemburuan di kalangan yang suka sangat agar dua insan mulia ini bertembung.
Sangat menghairankan... suasana tenang ini dikocakkan oleh spekulasi yang tak pasti... jika ini berlaku mungkin orang boleh kata kita berhak membuat ulasan dan tidak bersetuju dengan apa yang berlaku. Ini belum apa apa...dah main tembak dan serang.... Tunggu dan sabor le... ini yang dikatakan ...nasi belum masak..dah kata basi...
Percayalah... serangan itu tidak mengubah keadaan... saya sangat yakin jika TGNA terus memimpin majlis syuro...akan dikatakan keputusan itu adalah kerana bimbang seranga blogger ( perasan diri tu hebat sangat) ... Cukup cukup le....
Mari kita menilai kerja dan sumbangan kepada jamaah bukan menilai dan mengkritik orang sepanjang berjamaah. Semoga Allah melepaskan diri kita dari tapisan pembersihan perjuangan Islaam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan