Selasa, 23 Mac 2010

NEGARA TERANCAM DENGAN LAPORAN ANCAMAN NEGARA

Jangan di salahkan jika jenayah terus berleluasa dalam tempoh seminggu dua ini. Penjenayah sedang merancang operasi besar besaran lantaran tersebar khabar angin bahawa banyak lagi report polis akan di buat oleh umNO, proksi umNO, terompah kayu dan balaci serta gurkha gurkha umNO seluruh negara.

Khabar angin itu tersebar berikutan tuduhan kepada DSAI sebagai seorang yang mengancam keselamatan negara. Mengancam keselamatan negara kerana merancang menubuhkan negara melalui lompatan MP sebagaimana lompatan katak yang dilakukan 3 katak puru di Perak.

Amat malang, lompatan 3 katak yang sudah mengkucar kacirkan Perak dan kestabilan ekonomi dan politiknya tidak dipedulikan oleh Polis dan mahkamah. Buktinya , mahkamah belum memutuskan rayuan Speaker Sivakumar terhadap apa yang berlaku di DUN Perak.

Tiba tiba, kandungan 16 september DSAI yang ternyata tidak berlaku telah di ledakkan oleh Zahrain di Parlimen baru baru ini. Walaupun ianya telah mati dalam kandungan lebih setahun, kini kandungan itu dipaksa keluar dari perut oleh Zahrain. Ia dilihat mengancam keselamatan negara. Jika benar ianya boleh mengancam keselamatan negara, sekalung tahniah perlu di beri kepada DSAI kerana ternyata perancangannya ternyata hebat.

Bayangkan, jika perancangan sahaja sudah boleh mengancam keselamatan negara, tentunya jika berlaku bukan hanya negara tak selamat.... malah awang yang selamat juga tidak akan selamat.
Jika dibandingkan rampasan kuasa dengan kaedah yang sama yang telah berjaya di Perak tidak dilihat mengancamkeselamatan negara.Inilah kepelikan dalam sistem Malaysia.

Berbalik soal polis yang disibukkan dengan pendedehan basi oleh Zahrain, maka negara kita terdedah oleh bahaya dan keselamatan yang tidak terjaga lantaran menumpukan kepada siasatan dan laporan. Penjenayah tentunya bersyukur jika negara memiliki sepuluh Zahrain dan muncul setiap bulan.... Polis mungkin akan digunakan untuk menerima laporan dan membuat siasatan sepanjang masa.....

Inilah di katakan negara terancam dengan laporan ancaman negara

Tiada ulasan: