Rabu, 31 Mac 2010

SIDANG YANG BERSIDANG DI PERAK...

Sidang dewan Perak sekali lagi memperlihatkan kekalutan. Kekalutan ini berpunca dari rampasan kuasa dari speaker haram Ganesan yang diangkat mempengerusikan dewan. Keadaan ini akan berterusan selagi punca masalah tidak diselesaikan. PR telah menunjukkan sikap akur apabila mahkamah memutuskan MB haram sebagai MB sah Perak.

Kedudukan speaker jelas bercanggah kerana dirompak secara langsung di saksikan diseluruh dunia bagaimana Siva diheret menggunakan kekerasan di kerusi yang dimilikinya semata mata untuk membolehkan speaker baru dilantik. Tiada yang berakal waras bolehmenerima keadaan ini.... Krisis Perak tidak mungkin berakhir selagi DUN belum dibubarkan...


ikuti apa yang dicatat oleh YB Idham Lim langsung dari dewan. Baca dari bawah untuk ikuti turutan...


11.17 am : Pembesar suara Adun PR semua ditutup sepanjang kami berada dalam dewan. Inilah yang dilakukan oleh Ganesan speaker haram.


Terkini 11.15 am : Kenyataan Sivakumar

Orang yang duduk diatas sebagai pengerusi tidak mengendahkan bantahan dan permohonan dari Adun Pakatan Rakyat.

Hari ini mereka sekali lagi langgar peraturan dewan. Sebelum sahkan pelbagai enakmen dan sebagainya mesti ada perbahasan titah ucapan Pemangku Raja Perak.

Namun bila kita keluar baru ada usul dari MB Zambry setelah kita keluar. Nampaknya mereka faham peraturan hanya boleh diubah bila diusul MB seperti peraturan tetap. Itulah yang Zambry lakukan bila kami keluar. Sepatutnya itu dilakukan lebih awal diawal sidang tadi.


Terkini 11.10 am : Kenyataan Media

Kami keluar dewan setelah permohonan bertalu-talu dari Pakatan Rakyat tidak diendahkan oleh Ganesan walau pun menurut perintah tetap.

Kerana berbagai permohonan kami tidak diendahkan Ganesan lalu kami mengambil keputusan untuk keluar.


Terkini 11.07 am : Adun PR protes

11.07 am : Adun PR protes keluar dari dewan setelah protes terakhir kepada Ganesan mengenai tidak ada ucapan perbahasan dari DYMM Pemangku Raja Perak.



Terkini 10.55 am

10.58 am : Adun PR terus membantah kerana tidak ada ucapan perbahasan kepada titah ucapan Tuanku. Kami bantah kerana menghina Tuanku.

10.55 am : Ganesan tidak sampai 1 jam menghentikan sesi jawab soalan, dengan meneruskan sesi yang lain. Lalu dibantah oleh Adun PR kerana tidak sampai satu jam.


Terkini 10.50 am

10.50 am : Apabila sampai kepada soalan Adun Pakatan Rakyat, Adun PR yang sedikit untuk bertanya lalu dibatalkan. Sedangkan Adun PR ingin mencelah sedikit supaya Ganesan mengikut perintah tetap dahulu.

Hakikatnya Adun PR langsung tidak diberikan laluan, soalan tambahan dari Adun PR juga tidak dilayan.

Saya kira Ganesan tidak sanggup mendengar hujah dari PR mengenai kedudukannya sebagai speaker yang tidak sah.


Terkini : Keadaan sidang masih tidak lancar

10.44 am : Pengkalan Hulu yang bangun untuk bercakap sesuai dengan perintah tetap mahu diberikan laluan oleh Ganesan, lalu Adun PR membantah kerana sebelum ini permintaan PR sesuai peraturan tetap tidak dihiraukan kepada Adun BN yang bertanya soalan baru.

10.40 am : Hamidah yang bangun untuk menjawab soalan di bantah oleh Adun PR dengan laungan ular, Sivakumar membangkitkan sebelum ini Hamidah yang menyebut ular kepada India untuk pukul ular yang duduk di atas.

10.39 am : Keadaan sidang masih tidak lancar dengan tindakan Ganesan yang tidak mengindahkan pihak Pakatan Rakyat, soalan tambahan tidak diberikan laluan. Semacam sidang hanya untuk Adun BN sahaja.


Terkini 10.30 am : Bantahan berterusan

Bantahan masih berterusan kerana Ganesan tidak mahu memberi laluan mengenai kedudukannya yang bukan speaker yang sah.

10.36 am : Semasa sampai kepada Kuala Sepetang untuk bertanyakan soalan, lucunya dia memberi laluan kepada Pantai Remis tapi tidak diendahkan Ganesan dan memberi ADUN BN bertanyakan soalan baru.



Terkini 10.20 am : Zambry meneruskan ucapan perbahasan

Saya tidak pasti untuk apa walaupun bantahan berterusan dari ADUN Pakatan Rakyat.

10.22 am : ADUN Pakatan Rakyat terus membantah kerana Ganesan tidak memberi peluang keapda Pantai Remis, sebentar tadi oleh ADUN Setiawan turut membantah.

10.26 am : Keadaan dewan sebentar tadi senyap sebentar namun kembali mendapat gangguan dari ADUN PR untuk meneruskan hujah kenapa Ganesan bukan Speaker.




Terkini 10.15 am : Sidang dalam keadaan bising

15 Rabiulakhir 1431H

Sidang masih dalam keadaan bising dengan bantahan dari ADUN PR yang membantah Ganesan yang terus mengendalikan sidang walaupun dia dibuktikan dengan 6 hujah bahawa dia bukanlah speaker yang sah.



Ganesen terus mengumumkan tanpa mendengar bantahan dari pantai Remis.

Saya tidak tahu mengenai Ganesan yang tidak memberi laluan kepada Pantai Remis dengan meneruskan sidang . Sebentar tadi semua ADUN bangun dan menunjukkan isyarat tertentu kepada Ganesan.


Sidang masih dalam keadaan bising dengan bantahan dari ADUN Pakatan Rakyat, Ganesan tidak mahu menghiraukan bantahan dari ADUN PR, walaupun mematuhi standing order.

Ganesan terus mengumumkan beberapapengumuman termasuk melarang pengunaan talifon dan ambil gambar.

ADUN BN tidak melawan.


10.00 am ; sidang dimulakan

Sidang dimulai dengan bacaan doa.

Namun ADUN Pantai Remis bagun menurut peraturan yang ada untuk membantah Ganesan sebagai speaker haram.




Terkini 10.00 am : Halangan

15 Rabiulakhir 1431H

Kami tidak dihalang dipintu masuk utama dewan namun mendapat halangan ketika ingin masuk ke dalam dewan.

Dengan alasan keselamatan lebih 50 orang polis yang berada dipintu masuk dewan cuba menghalang kami.

Namu setelah berlaku perbahasan dan hujah, kami akhirnya dibenarkan masuk.

Tiada ulasan: