Khamis, 18 Mac 2010

WIRA KERETAPI.....


Reputasi yang buruk menyebabkan Zamry, MB kudeta terpaksa berhempas pulas menaikkan namanya di mata rakyat Perak. Dilambangkan sebagai kapten lanun yang merompak kerajan Perak, imej itu amat sukar dpisahkan darinya walaupun mahkamah telah menghalalkan rampasan itu.

Isu tanah keretapi di Port weld atau Taiping adalah peluang ke"berlianan" untuk Zamry menjadi hero rakyat terutama kaum cina kerana kawasan tersebut ialah kawasan yang dihuni nelayan kaum Cina. Tuntutan 37 Juta yang diminta RAC dilihat melampau dan keterlaluan. RAC adalah anak syarikat kementerian Pengangkutan . Perang mulut di Media itu mungkin akan dibesarkan lagi bagi melahirkan hero rakyat sebenar. disini

Samada isu itu terlalu kronik atau dikronikkan untuk mencipta wira adalah perkara yang boleh dinilai semua. Saya sangat yakin isu ini akan dilihat sukar dan Zamry akan dipotretkan sebagai wira yang akhirnya rakyat akan menyanjung apa yang dilihat sebagai usaha membela rakyat.

Inilah satu satunya peluang yang dinanti sekian lama oleh Zamry bagi memulihkan imejnya. Memutihkan warna hitam ditubuhnya akibat rampasan kuasa bukanlah perkara mudah. Beliau mungkin sahaja akan dilihat mertungkus lumus menyelamatkn tanah tersebut untuk penduduk Cina Kuala sepetang..... berjayakan Zamry menjadi super hero dalam isu ini????

kita tunggu sejauh mana pengarah filem berjaya mewatakkan Zamry sebagai penyelamat dan syarikat tersebut sebagai pengkhianat.....

Tiada ulasan: