Isnin, 26 April 2010

BUKAN ALONG...SAJA NAK TOLONG....

DS Najib menafikan BN membeli undi dalam PRK Hulu Selangor. Janji pilihanraya sebanyak RM167 juta adalah penyelesaian masalah rakyat. Macamla orang Malaysia ni Bangang sangat sampai tak tahu nak beza .

Kenapa di kawasan lain yang lebih memerlukan janji tersebut tidak ditabur? Kenapakah janji itu hanya ditabur di musim kempen PRK. Apakah Najib meletakkan standart pemikiran rakyata Malaysia begitu rendah sehingga boleh berhujjah sebegitu? Jika inilah pandangan seorang PM terhadap mentaliti rakyat Malaysia, ia petanda kejahilan dan mimpi panjang pemimpin seumpama di zaman dulukala. Apakah pemikiran itu gambaran yang wujud di zaman Najib atau di zaman bapanya???

KUALA LUMPUR, 26 April — Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan Barisan Nasional (BN) mengamalkan politik beli undi dalam pilihan raya kecil semalam yang menyaksikan pihaknya merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya menurut Perdana Menteri, projek-projek bernilai kira-kira RM167 juta yang diumumkan hanya bertujuan membantu menyelesaikan masalah penduduk Hulu Selangor (mstar)


Cara berpolitik sebegini sangat memalukan. Ia menghina rakyat Malaysia. Namun mungkin cara Najib itu masih sesuai bagi masyarakat yng mendokong BN. Sebab itulah lahirnya burung kakatua setiap kali pemilihan umNO. Mungkin juga pemikiran itu masih wujud di beberapa negara mundur. Saya tak pasti pulak apakah rakyat di Monggolia masih mempunyai tahap pemikiran sebegitu. Kekadang kerana lama bergaul dengan masyarakat sesuatu tempat, kita merasakan semua orang seperti yang pernah kita "gauli".

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..
1.Ana rasa soal 'beli-membeli' undi ni PR dan BN sama-sama terbabit...tolong jgn nafikan PR bersih dari gejala ni...

2.Apa susah...semuanya rakyat juga yang nikmati....

3.Kalau PR tunaikan semua janji dlm PRU 12 dulu...tak kan undi utk BN melonjak dgn banyaknnya....

4.Ana rasala....PR harus lebih matang berpolitik...isu pengundi hantu, beli undi kini perkara jumud...org dah benci...

KamAlinFaris berkata...

kalau nak terlebih matang lagi kita tengoklah sejak lebih 50 tahun memerintah adakah janji yang ditabur dulu dilaksanakan? Apa yang ada di kuala selangor tu??? jangan kita tengok jangka waktu yang singkat saja, itu petanda bagi rakyat yang matang atau tidak.... Sepatutnya dlm masa 50 tahun rakyat sepatutnya mendapat nikmat yang lebih baik dari apa yang dijanjikan semasa PRK baru2 ini.