Kenyataan Kickdafela berkaitan RM 4 juta yang diberikan Kelantan atas tujuan melemahkan Pak Lah kini menjadi isu baru tanahair. Dari mana datangnya RM 4 juta tidak lah diketahui. Siapa yang bagi RM 4 juta mungkin antara "rahsia sampai mati" yang dimaksudkan Kickda gila.
Apakah ianya benar atau tidak mungkin hanya mampu dijawab oleh kickgila dan orang disekelilingnya yang pernah bersama. Jika pun ianya berlaku apakah itu kerja PAS atau kerajaan Kelantan atau orang tertentu yang menyokong PAS Kelantan? Semua ini masih tak jelas.
Apakah pendedahan ini sebahagian dari upah RM 4 juta yang sebenarnya termasuk untuk menjatuhkan TGNA? Umum mengetahui Pak Lah bukan jatuh kerana PAS tetapi Pak Lah jatuh kerana umNO sendiri. Kelantan mungkin mendapat untung dengan jatuhnya Pak Lah tetapi yang paling untung dengan jatuhnya Pak Lah ialah Najib dan Mahyudin.
PAS Kelantan mungkin memusuhi Pak Lah tetapi yang paling memusuhi Pak Lah ialah Mahathir. Apakah Kick ni mendapat pakej RM 4 juta seperti didakwa untuk menjatuhkan Pak Lah dan TGNA juga? Jelas serangan mutakhir Kick ialah terhadap TGNA. Jika benar...saya sangat yakin ianya diupah oleh orang yang ingin melihat Pak Lah jatuh dan juga TGNA jatuh.... siapakah yang lebih memusuhi dan beruntung dengan kejatuhan ini????
Dengan jatuhnya Pak Lah , Najib mengisi kekosongan jawatan PM ...dengan jatuhnya TGNA beerti Kerajaan Kelantan sedikit terancam..... Siapa yang dapat nama selain Najib.???mungkin ada orang lain yang untung...tetapi Najib adalah orang yang paling untung!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan