Isnin, 5 April 2010

MANA PEMBELA TOK GURU???

Selepas Tok Guru Nik Aziz menafikan apa yang didakwa, hari ini Kickdefella mengamuk lagi dengan kenyataan dalam blognya yang semakin melampau dengan menuduh Tok Guru berbohong.

Berkemungkinan Kickdefella merasakan dakwaannya itu menjadi 'angin' jika penafian Tok Guru terhadap 'pembongkaran' jahatnya untuk memburukkan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz.

Sekarang ini, sudah ternyata Kickdefella mempunyai agenda yang rapi untuk menjatuhkan kerajaan PAS pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Lebih dahsyat lagi, ianya mungkin telah dirancang sejak dahulu lagi.

Apakah agenda Kickdefella dan orang sekelilingnya tidaklah dapat diketahui dengan jelas. Namun, tindakan beliau sejak akhir-akhir ini menampakkan diri beliau yang sebenar selepas tindakan dipecat daripada jawatan dalam PMBK sebelum ini.

Beliau dilihat bertindak memburukkan Tok Guru Nik Aziz dengan mencalarkan imejnya dengan tuduhan rasuah.

Perasaan dendamnya terhadap Tok Guru Nik Aziz dan keluarganya telah menyebabkan tindakan Kickdefella jauh lebih melampau.

Tok Guru perlu jumpa exconya dengan segera

Amatlah berbesar hati jika Tok Guru memanggil semua exconya bagi membincangkan masalah yang ditimbulkan oleh Kickdefella ini kerana melibatkan imej dan maruah kerajaan PAS Kelantan.

Dalam masa yang sama, PAS Kelantan perlu bertindak dengan cepat untuk menyiasat, siapakah dalang disebalik tindakan Kickdefella.

Dijangka, Kickdefella bukannya bertindak berseorangan dalam perkara ini kerana beliau telah memiliki dokumen sulit yang hanya dipegang oleh exco-exco kerajaan negeri sahaja.

Minta disegerakan penyelesaian masalah ini agar ianya tidak membarah ke akar umbi.

Mana blogger mendakwa bersama Tok Guru Nik Aziz?

Dalam hal ini, kenapa kebanyakan blogger yang selama ini meletakkan banner dalam blognya, "kami bersama Tok Guru Nik Aziz", "blog ini bersama Tok Guru" dan macam-macam lagi sebagai tanda menyokong Tok Guru.

Tetapi sekarang ini ntah ke mana. Dulu konon bersama Tok Guru tapi sekarang diam seribu bahasa.

Apakah blogger yang boleh dikategorikan celaka ini hanya bermuka-muka dengan Tok Guru kerana sebelum ini Tok Guru Nik Aziz meminta 'EGM' dalam PAS?

Itulah 'perut busuk' blogger celaka yang hanya bermuka-muka memberi sokongan kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz selama ini. Selama ini mereka hanya 'bersandar' kepada Tok Guru untuk 'membenarkan' tindakan kotornya cuba menjatuhkan pimpinan PAS dengan alasan UG yang sudah ketinggalan zaman (sebab kejahilan mereka).

Keluarlah yang berkaitan

Tok Guru dah kena tuduh, kena pijak dan lanyak oleh Kickdefella. Bila lagi nak tunggu untuk bersuara?Jangan sampai jamaah tertewas dek ketamakan kita.

Wahai sang pembela Tok Guru, apa lagi kamu tunggu, ayuhlah. Jangan sekarang dah bacul.

SUMBER http://warkahdaily.blogspot.com/2010/04/kickdefella-semakin-melampau-menuduh.html

4 ulasan:

ikan berkata...

KALAU SAPE KENAL SI SYED NI MASA KAT USM DULU HMMM TAK HERAN DENGAN GELAGAT DIA DULU MASA STUDY DOK AYAT PENSYARAH BAGUIH PUNYA HARI SIANG JADI MALAM MALAM JADI SIANG X TAU LA... INGAT DAH INSAF RUPANYA BERLAKON JE... CUBA CHECK DGN KWN DIA KAT DESA FAJAR DULU BRAPA KALI NAMPAK SUBUH KUT LA NI X TAU LA .... LAKI BINI SAMA HEBAT MASA KT USM ORG FILEM NI JGN PERCAYA PANDAI BERLAKON JE.. MCM KT FILEM SURUH JADI USTAZ BOLEH JD PEROGOL PUN BOLEH... X PAYAH LA KALAU DAH TAHU PERANGAI CAM DIA MEMANG DASAR MCM TU... HARAP ADUKA PI FOLLOW DIA KT KELANTAN PASTU LONDEHKAN KAIN PELIKAT DIA MCM DIA BUAT TU.. SATU JE KALAU DIA TUTUP AIB ORG INSYAALAH AIB DIA AKAN DITUTUP KALAU DIA BUKA SO ALLAH AKAN BUKA IAB DIA PLAK....

cicitHJHASSANu berkata...

salam tuan..

peringatan yang baik,mudahan ada manfaat untuk sama-sama menghancurkan yang bathil.

jadikan teguran sebagai adat yang baik untuk mengawal kita dari bertindak melampau.

tapi kalau sekadar berlegar di alam maya tapi tidak terus kepada masyarakat luar,mesej tetap kabur untuk melawan gergasi 3M yang ada pada Umno Coco

wallahua'lam.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) berkata...

Wahai Anak Sengat,

Apa perlu membela Tok Guru?

Apakah yang Tok Guru ajar Anak Sengat sehingga Anak Sengat hendak membelanya?

Agaknya Tok Guru kita ini maksum?

Anak Sengat berharap Tok Guru adalah orang yang sempurna dan tidak melakukan kesalahan.

Petua 'Islam' Tok Guru ialah UMNO dituduh KAFIR bila berkawan dengan MCA dan MIC.

Apakah petua 'Islam' Tok Guru kalau PAS berkawan dengan DAP?

Agaknya Anak Sengat boleh bagi fatwa.

Sekian.

AzamDin berkata...

ahahaha....dia kata nik aziz bohong satu cerita..cuba kalau dia orang kata dia berbohong..apa cerita?? ahahaha

SYED THE $#!+