Masa terus berlalu. Detik itu semakin hampir. Lawan dari Pakatan Rakyat telah memanaskan badan untuk memulakan larian. BN masih bertelagah siapa patut menjadi pesaing parti lawan. Jarang sekali situasi ini berlaku dalam BN. Biasanya mereka akan bising awal tetapi diam bila mulut dipenuhkan dengan habuan. Kali ini berbeza kerana ia antara parti kompenan.
Selama ini umNO tak heran kerana dikalangan ahli umNO, segalanya boleh diurus dengan wang dan kuasa... berbeza apabila ia melibatkan kawan kompenannya... terutama masyarakat India. umNO telah mengalah awal apabila akur kerusi itu milik MIC walaupun menyedari melayu adalah majoriti. Mungkin juga demi merealisasikan satu Malaysia. Namun MIC tidak berganjak walaupun umNO memberi laluan kepada MIC dengan syarat bukan Palanivel.
Kini antara kompenan parti dalam BN mereka sedang mencagarkan prinsip dan maruah masing masing. Jika umNO mengalah lagi setelah mengalah kali pertama, beerti umNO memang parti tidak berprinsip dan bermaruah. MIC pula dilaporkan sedia memulaukan PRK jika bukan Palanivel calonnya.
MIC sedar, parlimen itu bukan hanya milik MIC secara tradisi tetapi juga milik parti MIC menentukan siapa calonnya. Jika TPM menentukannya, beerti MIC hilang hak dan kuasa terhadap parti sendiri. Maruah MIC akan hilang... saya tak fikir MIC rela membiarkannya. TPM -Mahyudin yang dilihat kurang semangat satu Malaysia nampaknya sedikit berkeras. Saya yakin tanpa campurtangan dan arahan Najib, Muhyidin mungkin berkeras... Namun siapalah Mahyudin dengan kuasa sementara di beri Najib kepadanya.
Pemilihan calon BN kali ini sangat menarik perhatian.Ia satu perbalahan dalaman ketika semangat satu Malaysia dikumandangkan. Najib amat berharap lagu satu Malaysia dapat didendangkan dengan maraknya dalam pilihanraya kali ini. Namun isyarat yang diterima setakat ini berkaitan perbalahan menentukan calon pasti menjadikan lagu satu Malaysia tidak Popular.
Rentak musik pilihanraya kali ini tentunya sumbang dipihak BN lantaran intro yang jelas sumbang dan tempang. Ia memberi laluan agak mudah kepada Pakatan Rakyat apatah lagi setelah nama Zaid Ibrahim diumumkan. PAS dan DAP telah memberi sokongan padu sekalipun ada segelintir blogger yang cuba mewujudkan kecurigaan terutama di dalam PAS dengan khayalan misteri UG yang tak wujud. Ianya tidak memberi apa apa erti kerana jentera PAS dipimpin oleh Usyaz Nasarudin sendiri sabagai bukti kesetiaan PAS dengan Pakatan Rakyat.
Pengumuman Muhyidin malam ini akan mencorakkan lagu apa yang akan didendangkan oleh umNO. Apa yang pasti, umNO telah gagal untuk mengambil kesempata isu perkauman apabila telah dipersetujui calonnya ialah dari MIC. PRK kali ini akan menzahirkan wajah sebenar topeng melayu yang selama ini dipakai oleh umNO. yang jelas umNO tidak mampu mempertahankan kerusi majoriti melayu.... apakah mungkin melayu Hulu Selangor yang bersemangat bangsa akan menyokong umNO... jika mereka jujur...mereka Pasti menolak umNO BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan