Sabtu, 1 Mei 2010

ANTARA UGUTAN BUNUH DAN DAKWAAN PERUNTUKAN RM4 JUTA

Bukan pelik kalau SPRM terus memanggil Kickdagila atas dakwaan RM 4 juta yang didakwa diberi oleh PAS Kelantan atas tujuan menjatuhkan Pak Lah. Telah banyak kes melibatkan Kelantan yang diambil serius oleh SPRM . Bermula sejak penguasaan PAS ke atas Kelantan hinggalah ke saat ini.

Pendedahan TGNA berkaitan pernah cuba disogok oleh tauke Balak ketika mula memerintah terus menggerakkan SPRM untuk mencungkil pejabat Menteri Besar itu. TGNA sendiri yang mendedahkan dalam ceramah sudah tak berapa ingat peristiwa itu hanya mendedahkan secara umum dengan tujuan iktibar.

Terbaru apa yang didakwa pendedahan Kickdagila mendapat tempat di dada akhbar proksi umNO. Bukan angka yang besar nilai rm 4 juta untuk tempoh tiga tahun apatah lagi di dakwa bagi tujuan mengekalkan sebuah kerajaan dan menjatuhkan seorang pemimpin negara. Ia tidak salah jika umNO dan BN yang lakukan seperti apa yang berlaku di Hulu Selangor . 167 juta yang bukan dianggap rasuah oleh Najib dan tak dipedulikan oleh SPRM jauh lebih besar dari rm 4 juta dalam 3 tahun berbanding RM 167 dalam tempoh seminggu.

Dalam menilai tindakan SPRM kita menanti apa pula tindakan polis terhadap pemuda yang didakwa mengugut bunuh TGNA. Antara ugutan bunuh dan rasuah ini mana yang lebih bahaya. Kita nantikan penilaian jujur dari rakyat dalam menghakimi badan kerajaan ini.

Tiada ulasan: