Sabtu, 15 Mei 2010
KATAK RACE....
Biasanya setiap pelajar baru yang masuk kumpulan penyamun mesti menunjukkan kesetiaan jika ingin menjadi orang kanan. Kalau perompak , ia mesti membuktikan dirinya seorang perompak profesional dengan merompak beberapa subjek. Jika pembunuh, maka mesti membunuh sebilangan orang bagi melayakkan dirinya digelar otai dan diterima sebagai ahli setia.
Bertahun lamanya Ezam mundar mandir dalam umNO mengintai peluang membuktikan kesetiaan kepada kerajaan Barisan Nasional. Akhirnya Ezam membuktikan kesetiaan dengan menarik sebilangan ADUN PKR dan ahlinya. Sebagai ganjaran Ezam dilantik Senator. Saya yakin ada lagi janji yang ditawarkan kepada Ezam jika berjaya menggulingkan kerajaan Kedah.Mungkin menjadi menteri dari ruang senator yang diberi.
Kini masa Zul Kulim pula nak jadi senator. Dia jaja kononnya ada ADUN dari Kedah yang nak lompat untuk gulingkan Pakatan Rakyat. Nampaknya Zul dan Ezam dah mula bersaing. Kalau Ezam dah dapat apa yang dicari Zul pun teringin jugak nak duduk goyang kaki terima gaji haram Free. Namun hingga kini modal air liur Zul belum masin lagi. mungkin air liur tu hanya jadi air liur basi.
Semacam dah jadi tren kepada katak lompat senior nak cari downline dalam politik lompat. Dikhabarkan sekarang bukan hanya MP dan ADUN yang ada harga kalau jadi down line, tapi sampai JK Cabang dan ranting ...siap pucuk dan daun kering ada harga terutama musim pilihanraya kecil. Nampaknya parti Pakatan Rakyat kena waspada dalam setiap lantikannya supaya spesis katak tak dapat menumpang bertenggek dalam JK.
Pakatan Rakyat juga kena waspada bila ada orang yang nak isi borang masuk parti beramai ramai. Mungkin ia sebahagian dari strategi letak nilai RM pada diri. Bukan menolak keinginan murni tu...cuma siasat betul betul..jangan seronok tak tentu hala di jaja merata. Tak pasal pasal spesis katak ada harga.
Masih ingat ADUN Bota yang masuk PR di Perak?? Serata alam di jaja mamat ni... Bukan main tinggi harga dia masa tu... tak sampai seminggu...keluar balik... sapa yang susah... siap bawa hasilplak tu tiga ekor katak yang menumbangkan PR Perak.
Sekarang zaman serba segera. semua barang boleh buat niaga. Kalau dulu katak umpan haruan dan katak baung je ada harga . Sekarang katak puru dan katak kurap pun dah ada harga... mungkin kerana nafsu Bik Mama besar dsangat kutttt...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan