Sabtu, 22 Mei 2010

MARAH NAMPAK...NAK JADI TAUKE JUDI KE???

Selepas Jumaat tadi seluruh umat Islam Semalaysia dipimpin Pemuda PAS dan Pakatan Rakyat bersama NGO menyatakan bantahan terhadap judi. Sepanjang tinjauan maya, saya dapati hanya demo di Perak yang diganggu polis. Tempat lain aman dan damai.

Sebelum ini demo menentang Yahudi di Perak jua kalut terutama setelah " tok mufti tertelan cekelat dimulutnya kerana terbau telur busuk " lalu berpetua haramnya tindakan pemuda PAS tersebut. Himpunan yang dipimpin oleh ketua Penerangan Pemuda PAS itu diganggu polis hanya setelah beberapa ketika ia bermula. Pegawai polis bernama Glen dilihat dari awal sangat tak senang dengan himpunan anti judi tersebut. Disampingnya ada beberapa orang lagi yang mungkin taik judi kut.

Polis lain dilihat lebih matang dan tenang dengan memerhati dari jauh sehinggalah setelah kekalutan selesai kerana polis bernama Glen tadi cuba menangkap penganjur. Saya tidak tahu apakah punca kemarahan pegawai polis tersebut. Saya sangat yakin bahawa kenaikan gaji polis dulupun bukan kerana duit judi bolasepak yang baru dilesenkan. Hanya taik judi sahaja yang sangat marah dengan himpunan anti judi.

Polis Malaysia rasanya takde kaitan dengan judi melainkan seorang bekas ketuanya yang menjadi pengerusi Genting. Itupun menurutnya dia tak tahu hukum haramnya judi. Saya tak tahu lah pulak kalau pegawai polis tertentu juga bercita cita mengisi tempat bekas bos mereka. Sebab itu nampak bersungguh mempertahankan judi. Tempat lain relaks aje....

Apapun syabas kepada pemuda PAS yang mengetuai demo itu diseluruh negara. Tahniah juga kepada semua pembenci judi yang sanggup berpanas . Tak ketinggalan bukan Islam seperti YB Lee Boon Chai serta ADUN Teja dan Simpang Pulai... Semua yang hadir menyatakan kebencian terhadap judi... cuma saya tak pasti dua orang ni.... nampak macam marah je orang nak hapus judi.... mungkin saya silap...tapi rasenye takkkkk kut...

1 ulasan:

RIDER MERIDA berkata...

assalamualaikum
minta tolong link kn blog sahabat
http://lagenda-cinta.blogspot.com/
terima kasih