Selasa, 18 Mei 2010

PAS Perak hari ini menempa sejarah baru dalam merealisasikan slogan PAS For All. PAS yang selama ini dikepung oleh imej negatif yang dipakaikan oleh media BN telah berjaya menyingkapnya petang tadi dalam dialog bersama paderi kristian sekitar Ipoh. Ketakutan yang selama ini menghantui penganut bukan Islam terhadap PAS telah terhapus.

Dialog yang diadakan di Hotel Hillcity ternyata membuka lembaran baru dalam kepercayaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS Perak. Kehadiran menggalakkan paderi yang datang dari pelbagai mazhab sangat menggalakan. Secara jujur Dr Teoh yang mewakili kalangan paderi ketika memulakan ucapan menjelaskan sikap dan pendirian mereka terhadap PAS. Menurutnya jika jemputan majlis sebegini di lakukan tiga tahun dulu mungkin mereka tidak hadir.Keterbukaan masyarakat bukan Islam terhadap PAS berjaya mengikis imej negetif ekstremis Islam kepada PAS selama ini.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kalimah Allah, isu kekeluargaan jika berlaku kes masuk Islam, peranan fatwa dan isu politik seperti pendirian PAS dalam beberapa isu sensitif seperti kerakyatan, keadilan dan sebagainya.

PAS diwakili Dr Khairudin Abd Malek yang bertindak sebagai moderetor bersama DS Nizar, kepimpinan Ulama, Pemuda dan muslimat. Turut hadir ialah YB Dr Mujahid Rawa yang telah berjaya memberi kepuasan atas keraguan dan kebimbangan

5 ulasan:

adf55650 berkata...

Orang bukan Islam memang tidak takut lagi pada PAS. Sebab utama nya, mereka telah nampak dengan jelas PAS memang tidak pernah dan tidak berhasrat untuk membela umat dan agama Islam.
Setakat ini belum ada satu bukti pun PAS pernah membela Islam.

dato' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) berkata...

Orang buta je yang tak nampak... tambah pulak sebelah mata... macam dajjal je... mata satu...
Lagi satu. hanya umNO je bela Islam..buktinya JUDI!!!!!

adf55650 berkata...

Dato' Barua,
Sesuai sgt la nama tu.
Buktikanla kalau ada.......

akuduludankini berkata...

selagi umat Islam tidak bersatu.. camni la .. korang xfikir ke masa depan anak2..masa depan kita? yg berbalah sesama umat Islam ni apa? yg sana cakap yg buruk2 dekat sini..yg sini cakap yg buruk2 dekat sana.. Islam ada ajar camni tak?? fikir la sendiri.....cuma rasa terkilan la sesama kita jadi camni sbb nak tegakkan pendapat masing2 dgn cara yg tak mengikut ajaran Islam..tolong la sedar......demi masa depan..bukan untuk kita je..tapi untuk generasi akan datang...bermusyawarah untuk menyelesaikan masalah...sama2 fikirkan....jgn terlalu taksub..buka minda seluas-luasnya...

dato' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) berkata...

umat boleh buat penilaian antara kerja Islam umNO dan PAS. Si Buta dajjal je tak nampak...Genting juga kerja islam umNO . Paling besar, PAS dah ubah pemikiran sekular yang melekat dalam kepala hotak umNO sejak dulu bahawa politik dan agama tak boleh disatukan. Kefahaman yang boleh rosak akidah...

aku dulu...boleh saja bersatu jika asas perbincangan ialah Al Quran.. kalau tidak...Rasulullah dah lama berpakat dengan musyirikin Mekah kerana mereka adalah keluarga baginda...