Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, bukan dengan memujuk wakil rakyat melompat menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.
Ahli Parlimen Jerlun ini berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat.
“Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan,” katanya di Pulau Pinang. (sini)
Ulasan itu mengakui cara rampasan kuasa di perak adalah satu tindakan yang tidak bermaruah. Jika itulah kefahamannya, beerti Perdana Menteri yang mengetuai tindakan merampas kerajaan Perak sebagai seorang Perdana Menteri tidak bermaruah. Ia juga membawa erti penyokong Perdana Menteri ini termasuk ahli umNo keseluruhannnya adalah golongan yang tak bermaruah.
Ia juga memberi erti Kerajaan Perak yang ada hari ini adalah kerajaan yang tak bermaruah. Pengiktirafan mahkamah terhadap menteri Besar ini adalah tindakan tidak bermaruah. Sesiapa sahaja yang mendokong atau menyokongnya adalah seorang yang tak bermaruah termasuk Tok Mufti sekali. Di dalam Islam jika seseorang itu tidak bermaruah , ia boleh difahami sebagai seorang yang Dayus... atau dalam bahasa kampungnya "takdak telok".
Ulasan mukhriz yang mudah namun bagi yang menyingkap yang tersurat, ia sangat pedih dan memalukan....
1 ulasan:
dia bidas najib la tu.. najib tak bermaruah dan tak dak teloq..
harap-harap ustaz azizan bijak laa dlm benda yg mcm ni.. dan harap-harap sultan kedah pun dapat bertindak sebagai pelindung rakyat.
Catat Ulasan