Tahniah BN Perak. Setelah berjaya merompak kerajaan Perak, BN Perak melangkah setapakkehadapan lagi dengan melantik Chu Soi Lek sebagai anggota JK BN Perak untuk menghadapi PR 13. Nampaknya Perak akan terus terkenal dengan pelbagai isu.
erlantikan Soi Lek merupakan satu pengiktirafan terhadap perlakuan seksnya yang menggemparkan tanahair. Soi Lek sendiri tidak dapat mengelak diri apabila video itu terdedah di internet. Selama ini hanya cina MCA sahaja yang menerima perlakuan seks Chua Soi Lek. Nampaknya dengan perlantikan ini bermakna umNO juga mengiktiraf seorang pemimpin yang melakukan seks yang dikatahui umum.
Sebenarnya bagi umNO dan pemimpinnya , perlakuan seks bukanlah isu besar. Cuma yang jadi masalah ialah apabila ianya terdedah. Namun nampaknya setelah cina MCA memaafkan Soi Lek, umNO juga memaafkannya. Saya tak kisah dengan kerelaan pemimpin umNO Perak terhadapperlakuan tersebut kerana sememangnya pemimpin umNO Perak sedang bergelumang dengan "segalanya Haram" apabila merompak kerajaan negeri pilihan rakyat , namun apakah penyokong umNO khususnya JK masjid yang baru dilantik dari kalangan umNO baru baru initurut merestuinya? Menyokong umNO beerti menyokong Soi Lek kerana ada MCA didalamya. Tanpa MCA tiadalah BN. Tanpa BN tiadalah umNO. tanpa BN siapalah Soi Lek?
Tidak cukup dengan APCO yahudi, umNO lesenkan judi, kini Soi Lek pulak diiktiraf pemimpin umNO. Mengiktiraf Soi Lek beerti mengiktiraf seks bebas. Apakah ianya satu ujian sensitiviti umat Islam dan melayu terhadap seks bebas. Jika tiada penentang dan melayu terus menyokong umNO, mungkinkah seks bebas akan mendapat lesen? ia suatu perniagaan yang menguntungkan. lebih untung dari judi kerana modalnya boleh dipusing beribu kali selagi belum kerepot atau mati. Atas alasan perlancongan, tentu sahaja sensitiviti melayu luntur.
Perlantikan Soi Lek tidak hanya boleh dilihat seimbas lalu atau perlantikan biasa kerana ianya pemimpin Cina, atas alasan demokrasi... namun atas alasan apapun, seks bebas dan Soi Lek tak akan terpisah..., jika umNO bersamanya.... maka umNO dan seks bebas juga mungkin tak akan berpisah... LANJUT
2 ulasan:
AMNO tak heran la perange macam tu. bSemuanye bagi mereka halal. demi memperjuangkan Melayu (konon tidak juga).
Jadi jelas perjuangannya ialah fulus wal masoki.
Memang UMCO tak heran dengan perkara sex ini, kalau tidak takkan mereka terima 2 ekor hamlau yang dah terang -terang melakukan sex dalam usaha mereka nak merompak DUN Perak tempoh hari.
Catat Ulasan