Isnin, 21 Jun 2010

DULU ULAMA TINGGALKAN umNO KERANA JUDI... ADA ULAMA NAK MASUK umNO MASA NAK LULUSKAN JUDI BARU??


Tup..tup.. riuh plak cerita Asri nak masuk umNO. Bukan setakat tu... nak bawa 100 ahli agama lagi.. ulama tu....class you... Cerita ini didedahkan melalui blog umNO hasil pendedahan setiausaha kerja umNO. Beliau turut mendedahkan cawangan yang akan disertai Asri. Asri pulak tidak menafikan, sebaliknya hanya menyatakan belum ada keputusan.

Sejarah umNo sangat menarik. umNO kehilangan ulama berwibawa setelah kelompok ulamanya menubuhkan PAS hasil beberapa isu yang tidak disenangi ulama berkaitan Islam khususnya judi. Kelompok ulama tersebut menubuhkan Pertubuhan Islam yang akhirnya menjadi parti alternatif terbaik yang konsisten memperjuangkan Islam. PAS berjaya mengoncangkan umNo dan menarik sokongan melayu khususnya lepasan dan kalangan tok lebai dengan imej, prinsip dan slogan perjuangan Islam.

Perjuangan Islam PAS sedikit terganggu apabila seorang tokoh muda yang selama ini bersama PAS melalui ABIM menyeberang ke umNO atas alasan untuk memperbaiki umNO. Walaupun bukan dari kalangan Ulama, namun imej agama dan pemimpin ABIM , Anuar Ibrahim berjaya menyaingi PAS melalui umNO. Slogan Penerapan Nilai Nilai Islam termasuk penubuhan Bank Islam telah sedikit menggerhanakan PAS. Namun umNO tetap dengan imej melayu dan pragmatisnya.

Sepanjang DSAI dalam umNO beliau berjaya menampilkan dan menampal Islam di dinding umNO. Namun di sebalik tampalan itu, umNO masih serupa. Peristiwa memali dan halangan terhadap Kelantan melaksanakan hudud ternyata kegagalan DSAI mengislam atau sekurang kurangnya mengislahkan umNO. DSAI beralasan menanti berada dipuncak kuasa untuk merubah segalanya.... namun DSAI terlebih dahulu kelembah di hina dan dihumbankan ke penjara sebelum terlaksana cita citanya. Mungkin ia sebaik pengajaran buat pencinta Islam yang memilih umNO.

Penyertaan Nakhaie langsung tidak mengubah apa apa. Beliau bukan sahaja dijadikan terompah kayu, namun kini beliau hanya menjadi selipar jamban yang dah nak putus. Mashitah Ibrahim? Firdaus tok Imam??? di mana mereka kini... Firdaus mula gelap bila dijadikan umpan menyaingi Wan Azizah di lubuk DSAI. Akhirnya wajah Firdaul Al Hafiz diconteng tong yang disepak gara gara kalah... akhlak seorang imam dan Al Hafiz beliau tersimpan dalam tong kekalahan yang mungkin digunakan untuk menyimpan najis. Terakhir.. Jamil Khir yang nampak garang tapi rupenye lebih dari gajah yang takutkan tikus... mungkin kereta mewah dan timbunan wang melemaskan bekas pegawai agama tentera yang pernah popular di Forum perdana suatu ketika dulu....

Kini penyertaan Asri seakan pasti menjadi realiti... Perbincangan yang berlarutan dan nama cawangan pun telah diperjelaskan mungkin hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi untuk menjadi realitiMungkin ada beberapa syarat yang sedang dipertimbangkan Asri dan umNO. Kalau benar ia terjadi mungkin hujjah Perjanjian Hudaibiah bakal menjadi dalil paling ampuh merealisasikan cita cita Asri. Pegangan Asri sebenarnya lebih bersesuaian dengan umNO kerana baginya dan golongan yang berpegang dengan prinsip Asri, adalah haram menentang kerajaan selagi ia seorang Islam..... ada hadis yang menjadi kefahaman golongan ini sebegitu... Sayangnya Asri tidak memilih umNO di saat kepimpinan Pak Lah yang berslogan Islam Hadhari... mengapa pula di zaman Najib yang banyak skandal yang berslogan Satu Malaysia... mungkin itu bersesuaian dengan tajdid perjuangan Asri barangkali. Kalau Asri menyertai umNO, saya akan menggunakan istilah Asri satu Malysia

Persoalannya jika ia terjadi...kemasukan Asri bersama 100 ulama ke dalam umNO ialah keterbalikan peristiwa penubuhan PAS dulu... Jika dulu segolongan Ulama meninggalkan umNO kerana antara lain menentang isu judi.... kemasukan Asri pula berlaku di saat umNO berusaha meluluskan judi Baru...... apakah itu sebahagian dari bentuk tajdid Asri.... kalau Dr Asri memilih umNO!

Tiada ulasan: