mengharapkan agar umat Islam terus konsisten dalam melakukan solat
hajat serta bacaan qunut nazilah bagi mengharapkan bantuan ALLAH SWT
keatas umat Islam Palestin serta menyelamatkan delegasi misi bantuan
keamanan ke Palestin yang diserang dengan cara tidak
berperikemanusiaan oleh tentera zionis Israel semalam.
Menerut beliau kita sebagai umat Islam perlu menyedari bahawa sekarang
segala pintu dan jalan keluar buat saudara-saudara kita di Gaza
semakin tertutup, bermula dengan pemotongan bekalan air, elektrik dan
komunikasi, disusuli dengan pengeboman keperluan-keperluan awam
seperti hospital dan pasaraya, ditambah lagi dengan sekatan ketat yang
menghalang bantuan antarabangsa dari aspek perubatan, makanan dan
kemanusiaan, apa lagi yang kita boleh harapkan? Dalam kata mudahnya,
mereka seolah-olah terkepung, terperangkap dan hanya menunggu masa
untuk dibunuh sewenang-wenangnya oleh rejim Israel.
Lantas, adakah kita akan terus-menerus mengalah dengan berada di bawah
naungan keegoan Israel yang bongkak ini selama-lamanya? Dengan
dominasi mereka yang menguasai politik, ekonomi dan ketenteraan dunia,
ini tidak harus jadi sebab kita mati rasa dan mengiyakan semua
penguasaan mereka. Ingat, dalam kerendahan, kemiskinan dan serba
kekurangannya kita, kita tetap masih mempunyai doa. Sesungguhnya doa
itu di sisi Allah S.W.T. amat tinggi nilainya, jelas beliau
Oleh itu umat Islam perlu yakin dengan janji ALLAH SWT di dalam Al
Quran, Allah berfirman di dalam Surah As-Saff ayat ke-8 “ Mereka ingin
dan berusaha untuk memadamkan cahaya agama Allah, tetapi Allah tetap
akan menyempurnakan cahaya agamanya miskipun orang-orang kafir enggan
menerimanya, tetap menentang dan menolaknya” Ini adalah janji Allah
SWT kepada hambanya dan ayat wajib tersemat di hati setiap umat Islam
Sehubungan dengan itu beliau meminta agar seluruh ahli PAS di
peringkat cawangan, kawasan serta negeri Perak khususnya, agar
meneruskan solat hajat dan doa qunut nazilah dengan kosisten serta
yakin dengan janji Allah SWT “ Dan ada lagi kurniaan lain yang kamu
sukai iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat waktunya.
Dan sampaikanlah berita gembira ini kepada orang-orang yang beriman.
(As-Saff :13)
pesuruhjaya-pas-perak |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan