Khamis, 24 Jun 2010
MUNGKINKAH KHAIRY KETUAI DEMO ANTI JUDI
Setelah PAS dan Gerakan Anti Judi sedang bersiap ke Masjid Negara untuk membantah judi Khairy Jamaludin menyatakan suara pemuda umNO yang juga anti judi. Jika dalam isu Palastin, Khairy juga cuba menjadi juara menentang Yahudi dengan memeimpin sekitar 200 orang demonstran di masjid negara.
Apakah kali Khairy sekali lagi akan mengetuai demonstrasi di masjid negara? Jika Khairy ingin memulihkan sokongan dan menaikkan nama beliau, inilah masanya setelah gagal menarik sokongan dalam demonstrasi inti Yahudi lalu. Jika Khairy bersama pentas Pakatan Rakyat dan NGO yang membantah judi, Khairy pastinya akan semakin terpinggir dari pentas umNO, namun sedikit sebanyak namanya akan pulih.
Masih tidak jelas apakah bantahan judi yang disuarakan Khairy adalah hasil istikharah atau faktor lain. Kelihatan Khairy mengambil masa yang agak lama... mungkin menunggu isyarat istikharah dari tuhan???? atau Khairy serba salah antara menyokong bosnya Najib yang terus menerus meminggirkan beliau atau mengikut jejak langkah Bapa mertuanya yang menentanag judi tersebut.
Tekanan demi tekanan dari dalam umNO sendiri mungkin jua satu lakonan demi menyelamatkan umNO dalam usaha meneruskan judi sukan kerana ia adalah satu talian hayat kewangan umNO menghadapi PRU 13. Najib hingga kini hanya menjawab belum ada keputusan dibuat. Mungkin judi sukan ini akan diteruskan dalam keadaan kerajaan terus menerus menyatakan belum ada keputusan dibuat. Ia satu ujian besar buat kepimpinan umNO dalam mempertahankan undi melayu.
isu judi masih isu sensitif buat masyarakat melayu walaupun sebahagian mereka adalah taik judi. Namun kebanyakan mereka masih malu mengaku kaki judi. Ternyata isu demi isu dan lakonan demi lakonan akan terus dimainkan oleh umNO dengan seluruh jentera balacinya termasuk pasukan keselamatan, JAKIM dan sebagainya...
Kini umNO sedang melakonkan perbalahan dan perbezaan pendapat antara mereka dalam isu judi. Dengan ini akan ada orang melayu yanag menyatakan bahawa ia bukan keputusan umNO tetapi rakan umNO dalam Barisan Nasional kerana dilihat pemimpin Barisan Nasional bukan umNO kecuali Awang Adek sahaja yang mempertahankan judi... umNO tetap umNO dengan lakonan demi lakonan... sememangnya umNO ditubuhkan pun untuk melakonkana watak melayu dan pejuang merdeka yang diarahkan penjajah...apa peliknya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan