Jumaat, 4 Jun 2010

PERHIMPUNAN DHIRAR DI MASJID...


Ketika ini Penyokong dan Pimpinan Pakatan Rakyat sedang mara ke kedutaan US untuk menyatakan bantahan terhadap Israel khususnya peristiwa serangan kapal kemanusiaan baru baru ini yang mengorbankan aktivis keamanan. Dalam masa yang sama pemuda umNO yang diketuai oleh menteri tercicir dari senarainya , Khairy Jamaludin mungkin sedang duduk di starbuck atau kopitiam sambil minum kopi.

Itulah bezanya demonstrasi Pakatan Rakyat dan umNO. Walaupun keduanya bermula di Masjid, Masjid Negara dan masjid Kampung Baru, namun satu pihak sedang terus berjuang dan satu pihak mungkin sedang lepak lepak minum kopi atau coca cola. Apa tujuan himpunan pemuda umNO tak lah diketahui. Mungkin kerana ianya dipimpin oleh menteri tercicir yang anti demonstrasi dan menganggap peserta demonstrasi sebagai monyet, maka himpunan itu hanya bersifat macam bersalaman selepas solat. Cumanya ia dibuat selepas solat di luar masjid dan bukan di dalam masjid sebagaimana kebiasaan berselawat dan bersalam.

Himpunan anjuran umNO mungkin seperti melapaskan batuk ditangga atau mungkin lebih sesuai macam berdehem selepas buang air. Apakah himpunan umNO hanya untuk menunjukkan mereka juga turut prihatin? atau sekadar memulihkan semangat Khairy yang tercicir dari senarai jamaah menteri. Atau mungkin juga bertujuan untuk menyaingi himpunan Pakatan Rakyat di Kampung Baru.

Jika sekadar nak tunjuk prihati atau menguji kekuatan... ia biasa dalam politik, tetapi jika himpunan itu bertujuan menghalang penyertaan himpunan dan perarakan ke Kedutaan US, maka ianya sesuatu yang bersifat jahat! Sebagaimana Munafiqin mendirikan masjid di Madinah bertujuan menyaingi masjid nabi , apakah perhimpunan ini juga bertujuan menyaingi dan menghalang orang menyertai himpunan di kampung Baru untuk berarakke kedutaan US? Jika begitu ilmu hisabnya, maka ia bukan berniat baik tetapi jahat!. Ia seperti masjid Dhirar yang didirikan Munafiqin di Madinah. Apakah perhimpunan ini juga perhimpunan Dhirar?

Jika masjid boleh diistihar sebagai Dhirar , apa peliknya perhimpunan di luar masjid? Jika masjid Dhirar dihukum roboh oleh Rasulullah dan diharamkan oleh Allah, Bolehkah perhimpunan sekitar 30 minit pemuda umNO juga diistihar Dhirar dan dihukum seperti masjid Dhirar????

2 ulasan:

ibnuyassir berkata...

Wahai para pemimpin yang ada bala tentera dilaut, diudara, dan di darat

”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].

azman kamarul berkata...

Dua kumpulan berhimpun untuk menunjukkan kebencian amat sangat terhadap kezaliman yahudi zionis.

Satu daripada kumpulan ini bukan sahaja benci dan jijik kepada israel yahudi dan zionis bahkan menentang sebarang bentuk kerjasama yang dilakukan oleh kerajaan yang dipimpin umno dengan israel..apco,asiasoft.

Dipihak yang lain dalam masa ia bertempik dan melalak memaki israel yahudi zionis mereka begitu senang dan berlembut suara serta "redha" pimpinan mereka berselingkuh dengan israel.

Inilah yang membezakan 2 perhimpunan ini.

ALLAH MENCIPTA DUA TEMPAT UNTUK MANUSIA SELEPAS DIHISAB DI MAHSYAR IAITU syurga dan negara. Tiada tempat yang dicipta oleh Allah "atas pagar".