Selasa, 22 Jun 2010

TAK ADA KUASA..... TAK TAHU KUASA...

Ingatkan undang undang Malaysia boleh menyelesaikan semua perkara, rupe rupenye ade yang tak boleh diselesaikan... kalau begitu di mana harus di cari keadilan??? Kata Hakim... urusan DUN perlu diselesaikan di dewan.... Tapi lantik MB di luar dewan boleh plak... Memang aku tak ngaji undang undang... tapi apa yang berlaku macam dah tak de undang undang.... Kuasa Dewan ke.. kuasa Raja ke.. Kuasa polis ke...atau kuasa hantu raye... entahlah...inilah masalahnya bile bukan undang undang dan kuasa tuhan...

Panel hakim Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan tindakan mengheret Speaker Perak yang digulingkan, V Sivakumar, dari kerusi dan dikurung selama dua jam ketika tragedi rampasan kuasa 7 Mei lalu adalah sebahagian daripada prosiding Dewan Undangan Negeri.

Justeru, unda
ng-undang Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengadili keganasan berkenaan - demikian keputusan Mahkamah Rayuan sebelum mengugurkan rayuan V Sivakumar.

Panel tiga hakim - Abdul Malik Ishak, KN Segara dan Abdul Wahab Patail sebulat suara menguatkuasakan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan dalam menolak rayuan saman Sivakumar terhadap speaker lantikan BN, R Ganesan.

Keputusan berkenaan disepakati sebelum kedua-dua pasukan peguam selesai membuat penghujahan masing-masing.

Panel tiga hakimjuga memerintahkan Sivakumar supaya membayar RM20,000 sebagai kos perbicaraan.

Pada 8 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Ipoh menolak saman Sivakumar menuntut pampasan dan ganti-rugi daripada Ganesan kerana mengarahkan serangan dan penahanan tidak sah terhadap dirinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Mohamed memutuskan bahawa badan kehakiman tidak boleh mempersoalkan kesahihan mana-mana prosiding Dewan Undangan Negeri seperti yang ditekankan Artikel 72(1) Perlembagaan Persekutuan.

Azahar dalam mengugurkan saman tersebut berkata hal-ehwal perlantikan dan perlucutan Speaker harus dikaji, dibahas dan diselesaikan dalam dewan legislatif dan bukan di mahkamah.

Tiada ulasan: