Ahad, 20 Jun 2010

TIADA- NAJIB, SOKONG - PPP

Najib dilihat tersepit dengan isu judi dan cuba melarikan diri dari isu tersebut. Beliau tahu bagaimana rakyat khususnya orang Islam sangat sensitif dengan isu judi terutama dikalangan orang kampung yang menjadi teras sokongan umNO kini. Dalam masa yang sama, parti kompenan BN terus menerus memberikan sokongan kepada Najib untuk memberi kelulusan lesen judi.

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras,” kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu,” katanya

Dalam masa yang sama Najib dilihat berdolak dalik dengan soalan wartawan dengan menafikan kerajaan memberikan lesen judi tersebut.

Menjawab satu soalan mengenai pertaruhan judi sukan, Najib sekali lagi berkata tiada lesen dikeluarkan oleh kerajaan.

Terdesak dengan isu tersebut kerajaan dilihat cuba melindungi walaupun parti kompenan terus menerus memberikian sokongan. Tauke judi terkaya , Vincent Tan telah dilaporkan akhbar bukan melayu menyatakan bahawa mekanisme judi tersebut sedang diperincikan untuk dilancarkan pada bulan september. Jika ianya satu kebenaran, tentunya ia akan menjadi isu besar umat Islam kerana september ialah bulan Ramadhan. Ia satu penghinaan kepada umat Islam!

Hasrat Najib mempertahankan populariti beliau yang dikatakan sedang memuncak dilihat sukar jika isu ini difahami rakyat. Usaha Pakatan Rakyat melancarkan kempen anti judi khususnya pada 3 Julai yang dirancang di Kuala Lumpur sangat membimbangkan Najib. Pastinya pihak polis akan digunakan sepenuhnya bagi meghalang kejayaan kempen tersebut.

Ura ura pilihanraya yangs emakin hampir juga mungkin bergantung kepada kejayaan menangani isu judi. Najib dilihat tiada pilihan selain membenarkan judi ini dilaksanakan kerana mengharapkan sumbangan dari Tauke judi terutama bagi mengendalikan kempen Barisan Nasional. Persoalannya ialah bagaimana mengalihkan isu tersebut. Mungkin JI sebahagian dari usaha mengalihkan tumpuan rakyat dari isu judi... setakat ini ia belum berjaya

Tiada ulasan: