Seminar ESQ telah lama menjadi perhatian aku... cuma aku sendiri tak berkesempatan untuk mengikutinya. Minat memang ada tapi duit yang tak de...setakat masa boleh adjust punye... Terbaru ialah di Putrajaya.. Minat aku bukan kerana mahu mempelajari tetapi sekadar mahu mengetahui. Apa sebenarnya modul yang digunakan oleh Ary Ginanjar. Bermacam cerita aku dengar...
Pernah seorang sahabat mengajak aku menghadirinya di Penang, tetapi ketika itu memang ada urusan penting.... Apa yang menjadikan aku menulis pasal ESQ ialah bile baca kenyataan Tok Mufti aku yang juge rujukan Zambri. Sini
Beliau diberitakan mengulas tindakan Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang mengharamkan modul tersebut. Mufti Perak kata Majlis Fatwa dah kaji dah buat keputusan tak salah.. Persoalannya Mufti wilayah tak de ke dalam Jawatankuasa itu atau sekurang kurangnya tak diberitahu. Kalau telah diberitahu kenapa tindakan sebaliknya diambil? Apakah Wilayah tidak setuju dengan Jawatankuasa Fatwa pusat???
Inilah susahnya bile negeri tak selaras dengan pusat..ingatkan politik je yang jadi susuah bila tak sama dengan pusat... Majlis agama pun sama... sedangkan Wilayah dinaungi oleh Yangi Dipertuan Agong yang juga menguasai agama di Pusat.... confius...confius....
Harap ade kenyataan yang lebih meyakinkan dari pihak berkuasa...aku tak berapa yakin dengan Harusani ni..... sejak isu insuran nyawa dulu aku tak pernah ambil bulat bulat kenyataan mufti negeri aku ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan