Perkembangan politik dengan suhu yang semakin meningkat adalah satu petanda Pilihanraya semakin hampir. Sekatan akhbar alternatif adalah petanda ulangan zaman Mahathir. Serangan telah dilakukan dari segenap sudut. Shafie menuduh PAS sesat. DSAI dituduh alat CIA. Parti Cina dilagakan dengan PERKASA untuk bom jangka perkauman.
Isyarat yang diberikan ini sudah jelas bahawa umNO sangat terdesak dalam isu. Ternyata isu Felda agak mendesak hingga umNo terpaksa mencipta serangan membabi buta kepada Pakatan Rakyat. Nampaknya seakan terkesan apabila dilihat seolah Pakatan Rakyat terikut rentak tari umNo dengan mengambil alih posisi bertahan.
isu isu rakyat telah berjaya dialih oleh umNo kepada isu di awangan. isu DSAI alat amerika dikutip dari tong sampah blog. Isu PAS sesat diucapkan oleh Naib Presiden umNo dari Semporna yang entah mengucap pun terkolap lidah lagi. Gerakan, MCA dan MIC seakan dirancang menjadi musuh PERKASA. Seakan masing masing bangsa terancam. Selama ini umNO adalah juara bangsa melayu menentang bangsa lain, namun kini PERKASA di minta mengambil alih kerja itu supaya umNO dapat menjelma sebagai juara Satu Malaysia.
Nanti kita sambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan