Jumaat, 23 Julai 2010

JAUHI PRASANGKA....


Nampaknya agenda umNO melalui Harusani telah bersambut. Walupun kebanyakan pemimpin PAS telah mempertegaskan pandangan masing masing, namun masih ada yang cuba mengeruhkan suasana dengan merujuk pandangan dan lontaran semborono itu. Kenyataan Harusani adalah kenyataan borong yang hanya layak disambut secara borong, namun dilihat ada yang ingin mengambil kesempatan memburukkan keadaan.

Bermula dengan kenyataan Ustaz Nasarudin Tantawi SINI yang mempertegaskan sikap umum sebagai gerakan Islam yang diselewengkan kefahaman oleh Utusan Malaysia. Pandangan umum Ketua Pemuda PAS yang disertai fakta dan hujjah sikap yang mesti dimiliki oleh PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, namun disambut secara merewang oleh Bakistani dengan tuduhan dan sindiran. SINI Saya tidak memahami apa tujuan Bakistani, sayangnya lontaran sanggahan dan sindiran Bakistani tanpa hujjah dan sandaran walaupun didakwa pemikir dan ulama muda. Nampaknya Bakistani ada tugas baru menyasarkan serangannya kepada Ketua Pemuda PAS itu..ikuti tulisannya akhir akhir ini...

Kebencian melampau dan mungkin duri duri kebencian yang melekat di hati mungkin menjadikan Bakistani lupa adab dan akhlak imlu di dalam Islam. Beliau seolah langsung menutup pintu sedangkan Islam mempunyai kaedah tersendiri. Sanggahan Bakistani terhadap kenyataan Ketua Pemuda Pusat itu sewajarnya dilihat seumpama Pandangan TG Nik Aziz berkaitan dengan kerjasama dengan Syaitan yang disanggah umNO.

Kebencian atau kasih melampau menjadikan kita buta dan pekak. Langsung tidak beralas dengan hujah. Melahirkan prasangka dan kebencian yang kekadang menampakkan kebodohan. Sayangnya ilmu yang dituntut dipadamkan dengan perasaan diluar rasional pertimbangan akal. Sangat tidak wajar hujah ilmu hanya disanggah dengan prasangka.

Episod Harusani tidak berakhir disitu. Dakwaan tanpa bukti disambut dengan menimbulkan prasangka kepada pemimpin tertentu. SINI Wajarkah kita menyambung tuduhan tanpa bukti. Jika benar ada yang dilihat salah. kemukakan bukti, bukan dengan membiarkan fitnah terus berlanjutan. Ia memarakkan api yang dinyalakan musuh. Sebagai ahli jamaah yang sewajarnya mengenali Harusani, Kita harus mendesak beliau mendedahkan individu terbabit. Jika beliau tidak mahu, jangan nyalakan api fitnah dengan prasangaka. " sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa."

Selagi tiada pemimpin yang didakwa oleh pembawa cerita, maka tidak wajar disambung dengan mengandaikan jika ada... maka wajar diambil tindakan.SINI Setelah dibuktikan...mintalah apa sahaja tindakan diambil... tiada salahnya..... Peliknya dakwaan Malaysia waves ada video pertemuan itu... hanya setelah Harusani membuat dakwaan. Jika benar mengapa beliau tidak mendedahkan sebelum ini sebagai bukti satu tanggungjawab. Sebab itu dakwaan itu wajar diraagui.

Kesimpulannya semua pemimpin sewajarnya melarikan diri dari fitnah dan prasangka. Drs. Khalil Idham Lim yang turut diseret sama lantaran pendedahan mengetahui siapa yang bertemu Harusani sewajarnya turut memadamkan prasangka itu dengan menjelaskan keadaan sebenar tanpa membiarkan teka teki berlarutan. ia boleh membuahkan fitnah! Telah tiba masanya pemimpin PAS akur dengan arahan Timbalan Presiden agar semua pemimpin PAS tidak terikut rentak Utusan Malaysia...sampai bile kita rela diperkotak katikkan musuh sambil mereka bertepuk tangaan . Berbaloikah isu ini disemarakkan dengan hanya harusani menjadi umpannya? sedangkan beliau bukan ahli politik dan tidak mampu merobah sesuatu....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semua mahu tunjuk hero. Boleh saja jadi hero, hadapkan senjata itu kepada musuh tidak kepada diri-diri sendiri. Teman seperjuangan adalah diri-diri kita sendiri..