Sehari dua ni aku makin pening. Apakan tidaknya??? umNO yang kata PAS sesat, tiba tiba terhegeh hegeh plak nak ajak PAS bersatu membangunkan Islam dan menyelamatkan negara. Macammana umNO boleh ajak orang sesat bersatu ni?? memang pening betul la umNO ni...
Cadangan itu datangnya dari Lokman Nor Adam , bekas wira Reformasi dulu. Aku kenal Lokman ni masa dia jadi pemimpin pelajar di ITM manjong. Dia menjadi popular masa dia koyak surat arahan polis yang menghalang ceramah reformasi masa tu.. rupenye semangat anak muda kelahiran Johor ini mati di dalam tahanan ISA. Dia muncul dengan wajah baru di dalam umNo dan beliaulah yang kembali mencanangkan suara perpaduan umNO PAS.
Cadangan Lokman bukan sahaja di sambut oleh Mufti Perak yang sememangnya mufti melayu tu...tapi juga di sambut juga oleh Muhyidin Yasin , Timbalan PM. Setakat ini hanya Najib sahaja yang nampaknya mendiamkan diri. Mungkin tak mahu kelihatan hilangnya semangat satu Malaysia berbagai bangsa. Muhyidin memang dijelmakan sebagai pemimpin Melayu sebagai tangkal pesaka kononnya menjaga melayu di dalam umNO di era satu Malaysia Najib.
Isu perpaduan antara PAS dan umNO adalah isu talian terdesak yang sering diulang setiap kali umNo nazak. Perpaduan umNo PAS adalah isyarat perpaduan melayu dan ia hanya mahu digunakan untuk menarik perhatian melayu. Seruan perpaduan itu beerti isyarat melayu terancam.. Itu sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh umNO.
Jika PAS menolak beerti PAS menolak untuk menyelamatkan kuasa melayu, begitulah isyarat yang umNO mahu rakyat faham. Walaupun Najib mendendangkan satu Malaysia, namun di peringkat akar umbi umNO masih menjaja betapa kuasa melayu perlu dipertahankan. Isu itu sangat berkesan di hati orang melayu.
Sebenarnya rakyat kini sudah mula faham bahawa realiti rakyat Malaysia kini jauh berbeza 50 tahun dulu. Rakyat kini telah boleh bersatu atas semangat keadilan dan membela kezaliman. Hanya kalangan yang tertinggal keretapi sahaja yang masih mendendangkan lagu bangsa. Isu melayu perlu bersatu dalam PAS dan umNO, Anuar sebagai agen Amerika, keganasan dan beberapa isu yang didendangkan kini adalah lagu yang digubah semula yang digunakan setelah umNO kehilangan undi melayu selepas tahun 90an.
Ketika umNO kehilangan sokongan undi melayu selepas pilihanraya 90, umno menyuntik semangat perkauman yang tinggi bagi memulihkan sokongan melayu. Ia berjaya. Namun senario itu tidak sama lagi kini kerana umNO turut kehilangan undi bukan melayu dalam PRU 12. Namun isu melayu terpaksa dilagukan juga kerana hanya melayu harapan umNO untuk bertahan.
Pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS sendiri mesti waspada menangani isu sensitif ini. Jangan terjerat dengan mainan media umNO dalam masa yang sama jangan menunjukkan sifat angkuh untuk menolak undi melayu. Jangan ada juga yang mengambil kesempatan untuk meniupkan api perbalahan dalaman dengan mengungkit perkara yang membuka luka lama. Kebijaksanaan sangat perlu dalam mengahadapi isu sensitif sebegini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan