Isnin, 5 Julai 2010

SEMPORNA YANG TAK SEMPORNA

Apa mimpi Shafie Apdal yang serba tak menjadi menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat. Apakah beliau masih berperangai kebudak budakan yang menafsir PAS dengan huruf P A S. Kalau setakat blogger cari makan umNO aku tak heran tahap mentaliti memboroikan perut dengan duit mencaci maki di suap ke dalam perut anak bini. Ini tahap seorang menteri.

Apakah orang Sabah khususnya Semporna yang masih jauh ketinggalan tidak merasa malu memiliki seorang menteri bertaraf budak tadika. Kalau sesiapa yang pernah pergi ke Semporna kawasan menteri ini tentu tahu taraf seorang menteri yang dibawa ke Pusat ini. Semporna dulu pun menumpang Tuan Yang Terutama Sakaran Dandai yang membolehkan ada sedikit kemajuan.

Semporna yang diwakili seorang menteri ini hanya terkenal kerana adanya pulau semula jadi yang dijadikan taman laut yang indah. Tetapi di Kawasan Semporna inilah terkenal dengan lanunnya suatu ketika dulu. Aku rasa lebih baik Shafie Bedal ni balik kawasan dan bangunkan kawasannya. Masa dia jadi menteri pengguna, barang jadi serba tak kena... sampai hari ini isu gula tak pernah selesai. Ia boleh dikatakan tinggalan buah tangan Shafie Apdal.

Kini Shafie Apdal ni jadi menteri Kemajuan Luar Bandar la plak. Sesiapa yang bertandang ke Sabah minta tolong ambik gambar bandar Semporna yang terletak di luar bandar. Aku nak tengok mana rupe indahnya Bandar yang ada seorang menteri yang dah berapa lama dalam kabinet pusat.

Aku rasa Shafie apdal ni dah sasau sampai lupa tempat sendiri. Nak main isu pun tak reti... baik lagi Khairy yang Najib tak peduli... kalau nak main eja eja lagi lagi baik aku layan lagu XPDC ....ade juge sedapnye dari dengar Shafie Apdal eja PAS sebagai parti Ajaran sesat.... baghal betul..la...

APAPUN TAHNIAH PAS jOHOR..AJOR SIKIT BUDAK SAWAN NI...BACA

Tiada ulasan: