Isnin, 23 Ogos 2010

API PERKAUMAN TERUS DISEMARAKKAN

Rakyat perlu waspada akhir akhir ini dalam menerima berita. Media seakan hilang kewarasan dalam memaparkan isu yang boleh mencetuskan api perkauman. Beberapa isu agama dan bangsa nampaknya mengambil tempat isu jenayah dalam negara.

Beberapa isu semacam sengaja dicipta yang menyebabkan kebimbangan rakyat terhadap kemungkinan ketegangan kaum berulang. Ia bukan dilakukan oleh orang perseorangan tetapi pertubuhan yang seakan mendapat perlindungan.

Jika dulu apa sahaja isu yang boleh mencetuskan api perkauman atau agama cuba disembunyikan. Lihat sahaja isu di kelang dan Masjid di Pulau pinang antara melayu dan India atau lebih tepat Islam dan Hindu, ia disembunyikan sekalipun memakan korban nyawa. Begitu juga berita pembunuhan dan pergaduhan antara budak sekolah yang diolah seakan hanya pergaduhan biasa walaupun ia telah melibatkan kaum . Namun kini ia seakan sengaja dipaparkan sehingga menimbulkan kebimbangan.

Pemimpin Pakatan Rakyat berulang kali telah mengingatkan Bn agar jangan menjadikan isu perkauman sebagai landasan operasi ISA sekali lagi. Ia dilihat sebagai cara BN menghadapi kebangkitan rakyat dari pelbagai kauam. Penyatuan kaum dan agama yang berjaya dijelmakan melalui Pakatan Rakyat amat membimbangkan BN.

Isu surau dan Gereja disabotaj bukan sekali berlaku. Ia diulang di beberapa tempat. Terbaru di Seremban. baca. Bagus juge YB bukan islam dari DAP segera ke tempat kejadian. Ini sekurang kurangnya meredakan prasangka antara kaum. Ia juga menampakkan keprihatinan dan perpaduan antara kaum dan agama masih berjalan baik. Nampaknya cara ini kurang berkesan bagi sesiapa yang berhasrat memarakkan api kaum dan agama.

Mungkin cara ini lebih berkesan. baca . Dengan perbalahan antara sesama kompenan BN ia boleh diatur dan di skropkan mengikut kehendak pengarah. MPM yang baru menjelma seolah pembela melayu menunjukkan taringnya. Semua tahu siapa di belakang MPM. Seperti juga perkasa dan lain lain persatuan atau NGO yang berteraskan kaum. Jika melayu, sah dari umNO, jika Cina samada MCA atau Gerakan dan jika India tentunya anak buah Samy.

Nampaknya Pakatan Rakyat perlu lebih berusaha keras. Mereka perlu merapatkan jurang kaum dan agama ini kerana di situlah terletaknya kekuatan umNo dan sekutunya dalam BN. Jika ini berjaya, nescaya pendeklah umur BN...

Tiada ulasan: