Isnin, 16 Ogos 2010

MUNAQASYAH PEMUDA PAS PERAK DAN PENANG

Munaqasyah ucapan ketua pemuda PAS pusat telah dilaksanakan di Markaz Tarbiah PAS Ayer Kuning Taiping. Munaqasyah yang menghimpunakan pimpinan PAS Perak dan Penang itu dilangsungkan pada 14 Ogos 2010.

Pembentang kertas kerja pertama ialah Dr Zuhdi yang merupakan Exco Pemuda PAS Pusat antara lain menekankan keperluan perhatian diberikan kepada pengundi melayu. Dengan tidak menafikan keperluan pengundi bukan melayu yang menjadi penentu, beliau mengingatkan bahawa undi teras PAS tetap terhadap undi melayu. Beberapa saranan telah dibuat bagi meningkatkan sokongan pengundi melayu terhadap pAS.

Ketua Pemuda PAS Pusat pula menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab pemuda Islam berjuang untuk kemenangan bagi mempastikan Islam dipuncak kuasa. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan keperluan mengisi kemenangan dengan keadilan dan kebenaran. Beliau berulangkali mengingatkan kebimbangan dan kewaspadaan supaya kita tidak membina jahiliyyah baru setelah meruntuhkan jahiliyyah umNO.

Bertemakan ucapan dasar Memurnikan Perjuangan dan Memaknakan Kemenangan, beliau mengingatkan keperluan kerja dan akhlak sebagai jamaah Islam. Tarbiah yang menjadi aspek penting PAS mestilah dihidupkan dan diseimbangkan dalam perjuangan. Ketidakseimbangan tarbiah akan memungkinkan masalah mengisi kemenangan. Dakwah mesti dijadikan keutamaan.

Sebagai parti yang bertanding di kawasan majoriti melayu, PAS mesti tampil sebagai sebuah parti Islam yang mendepani kebajikan masyarakat melayu. Prinsip PAS mestilah dipertahankan dengan memahami konsep Tahalluf yang digunapakai hari ini.

Meyakini bahawa penglibatan PAS dalam Pakatan Rakyat jauh lebih menguntungkan dakwah, beliau mengingatkan ahli dan petugas PAs agar tidak lalai dari tugas dakwah. Beliau mengingatkan nasihat presiden "Setia dengan kawan dan berakhlak dengan lawan" adalah pendekatan PAS.

Program berakhir selepas majlis iftar. Exco Pemuda PAS Perak pula meneruskan agenda retreat hingga petang esoknya.



Ucapan Ustaz Nasaruddin Tantawi menumpukan kepada tanggungjawab , peranan dan akhlak serta persiapan ahli pemuda sebagai sayap kanan dalam memperjuangkan kebanaran dan mengisi kemenangan.

Melancarkan stiker Islam Adil Untuk semua yang dikeluarkan oleh Lajnah Penerangan Pemuda.

Antara sebahagian yang hadir. Menjalinkan ukhuwwah Pemuda PAS Perak dan Penang.

Dr Zuhdi membentangkan kertas kerja.

Tetamu dan kepimpinan

Tiada ulasan: