Khamis, 19 Ogos 2010

SATU MALAYSIA... ,MUNGKIN INI YANG SEPATUTNYA...

Saya baca laporan berita di bawah , saya jadi pening. Apa sebenarnya yang berlaku. baca. Apa yang terjadi agak menarik. Mungkin ini satu menifestasi Satu Malaysia yang diharapkan oleh Najib.

Arjunan mendakwa musuh politiknya timbalan menteri Datuk Saravanan sebagai pelindung pelacur. Tiba tiba seorang JK Pemuda PKR pula membuat laporan polis kepada Arjunan atas dakwaan beliau menggunakan nama PKR setelah pemimpin PKR lain tak peduli."Saya tidak menyokong mana-mana pihak, malah saya pun tidak pernah berjumpa dengan timbalan menteri (Saravanan) sebelum ini, yang didakwa oleh Arjunan terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

“Apa yang berlaku ke atas Saravanan mungkin boleh berlaku ke atas Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahin, perdana menteri, timbalan perdana menteri,” kata beliau selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pagi tadi."

Lebih menarik Adam menggunakan hujjah tindakannya selari nasihat DSAI. Haris ialah timbalan ketua AMK Kuala Kangsar berbangsa melayu.

Menambahkan tarikan isu ini ialah beliau diiringi oleh Fauzi bekas Ketua AMK Ipoh Barat yang pernah menyerang PKR setelah mengisytiharkan keluar parti. Fauzi mendakwa sokongan itu kerana tindakan Arjunan yang mengaibkan Saravanan.

"Fauzi pula berkata beliau mengiringi Adam Haris kerana mendapati apa yang dilakukan oleh Arjunan berniat jahat untuk menjatuhkan imej orang.

Kata Fauzi, walaupun beliau tidak berada dalam PKR lagi tetapi merasakan tidak wajar Arjunan berbuat demikian.

“Kalau hendak menegakkan kebenaran kebenaran, dia (Arjunan) kena membuktikan,” katanya dengan menafikan tindakan mereka itu bermotifkan politik."





1 ulasan:

matsamankati berkata...

Lagi pelik, brader. Adam Haris ni, satu hari dia melayu, satu hari dia india.

Hari ni dia masuk masjid, esok dia masuk kuil.

satu hari dia umno, satu hari dia MIC, satu hari dia PKR, satu hari dia dengan Jamal.

Terpulang sapa yang bagi dia modal untuk bercakap.