Selasa, 3 Ogos 2010
SIDANG DALAM GUA...
Sidang DUN Perak sekali lagi bersidang dengan catatan sejarahnya tersendiri. Sidang DUN kali ini seumpama satu sidang dalam gua. Tertutup dan jauh dari tamadun manusia. Apakan tidaknya, ia dihalang dari dikatahui oleh dunia luar. Seteruk teruk Israel, sidang dewan mereka masih diikuti oleh media. Namun mungkin benar... anak didik biasenye lebih mundur dari tuannya.. umNO adalah anak didik APCO Yahudi.
Mana ada dalam dunia bertamadun sidang dewan yang menjadi medan membincangkan isu rakyat di sembunyikan dari pengetahuan rakyat. Hanya pengampu yang telah di "paternkan" kepala hotak mereka dibenarkan mengikuti sidang ini. Dewan Pemuda PAS secara rasmi memohon untuk menyertai sidang dewan sebagai pemerhati telah ditolak. Inilah tamadun umNO. Dewan Pemuda adalah organisasi politik yang terlibat secara langsung dalam demokrasi pun ditolak.
Persidangan juga menyaksikan kebodohan Ganesan sebagai seorang Speaker haram. Bila dah haram semua kerja haram jadah kena dibuat. Sebab itu permulaan yang haram akan melahirkan anak haram demi anak haram yang merosakkan keturunan manusia . Macam cerita Bani Israel... seorang abid yang bermula dengan perbuatan haram minum arak, akhirnya dia berzina dan membunuh.
Kerajaan Haram terpaksa menyembunyikan perbuatan Haram mereka walaupun di war warkan dalam radio Perak bahawa kerajaan akan memperincikan setiap sen wang yang dibelanjakan untuk membuktikan ketelusan kerajaan melaksanakan kerja. Ia kononnya bagi menyokong tindakan kerajaan haram melaksanakan bajet tambahan. semuanya bohong dan Radio Perak adalah medium bohong paling utama menjayakan agenda menipu rakyat Perak.
Usaha kerajaan Perompak Zamri meluluskan bajet tambahan adalah untuk mewah berbelanja. Belanjawan yang dibentangkan dulu pun macam belanjawan penyamun je... 2-3 minit dah lulus. Apa guna ADUN jika bukan untuk membahaskan apa yang dibentangkan oleh kerajaan. ADUN kerajaan memang lah semuanya bangap dan bacul. Mereka tak lebih dari robot dan papet yang tiada maruah.
Inilah masalah di Perak yang takkan berakhir sehinggalah DUN dibubarkan!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam Perjuangan...
Mohon untuk Promosi Program Kami...
Link Banner : http://lh4.ggpht.com/_DPnlNqsj22Y/TFsI-8q525I/AAAAAAAACgo/2zeRYea6jIU/s144/Pentas%20Anak%20Muda%209%20Ogos%20copy.jpg
Terima kasih saya dahuluikan dan jemput hadir sekali...
BTW, video tu audio tak dengor... Ader source file, bleh teman try tengok adjust maner yg patut
Maaf ustaz... silap anto coding... coding yg baru
http://lh4.ggpht.com/_DPnlNqsj22Y/TFsI-8q525I/AAAAAAAACgo/2zeRYea6jIU/s800/Pentas%20Anak%20Muda%209%20Ogos%20copy.jpg
Catat Ulasan