Sehari dua ni aku malas nak layan politik…lebih baik aku layan bisnes aku yang tengah dipukul rebut ni.. Tapi kalau dah tangan tu gatal dan otak dan berdenyut, aku terpaksa juga le bukak laptop aku ni… Tak de isu lain yang lebih menarik selain isu Bangsa dan PERKASA… dikaitkan pulak dengan isu jenayah Sosilawati…
Aku dapat angin PERKASA dan beberapa NGO melayu kononnya akan bergerak ke Putrajaya minta agar siasatan pasal pembunuhan kejam itu diadili segera. Paling syok aku dengor dikaitkan pembunuhan itu dengan India… Kononnya yang dibunuh adalah melayu dan membunuh adalah India. Apa punya baghal la bangsa aku sepsis katak ni???
Polis dah sahkan bahawa tiada kes perkauman dalam isu ini. Termasuk yang dibunuh tu orang India daro India…Pure punya India… nak kaitkan bangsa lagi…???Apa punya turrr?? Ni le masalahnya bile asyik main duit… Tak Nampak kebenaran …
Ikut kata kawan aku…cuba hang tengok…dulu isu Datuk Mazlan dibunuh katam 18…. Maju sikit… lepas bunuh di bom plak…lagi maju….lepas bunuh bakar dan campak abu mayat merata tempat… Lepas ni agaknya mayat tu akan dileburkan jadi gas kut…macam mana nak cari bukti..
Tindakan Pendawaraya menyerahkan kembali kepada polis agar siasatan terperinci dan menyeluruh sedikit mengecewakan… Takkan pendakwaan tak tahu yang Hisham auwww dah puji polis… Pendakwaraya ni malukan Hisyam je… yang hang tolak kerja yang dipuji Hisyam buat pe??
Penolakan semula ni sedikit meresahkan..Apakah pembunuh sebenar akan dapat melepaskan hukuman… Biasanya yang akan jadi mangsa ialah budak suruhan… tauke senyum je…..dunia dunia… akhirat pasti kena…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan