Pemilihan PKR kini menjadi tumpuan. Kekalutan yang diperbesarkan dan beberapa keputusan di peringkat cabang sangat mengejutkan dan diluar dugaan. Antara yang menarik ilah kekalahan beberapa calon peringkat tertinggi. Ia merupakan isyrat awal walaupun bukan pemutus kepada pemilihan nanti. Sedikit sebanyak ianya member kesan kepada calon bertanding.
Kekalahan calon Timbalan Presiden yang juga pengerusi Perhubungan Perak Mustafa Kamil ayub wajar dilihat dari pelbagai sudut. Apakah kekalahan itu sebagai satu penolakan terhadapkepimpinan beliau oleh cabangnya yang tentu lebih mengenali kepimpinan beliau atau ada satu usaha di belakang yang diatur dengan terancang. Walaupun JK Disiplin tidak menerima aduan politik wang, namun sewajarnya ia bukan satu keputusan hakiki.
Siapakah calon dan latar belakang calon yang tidak dikenali itu. Apakah ianya memang calon pilihan atau ada tangan ghaib di belakang yang mencaturnya. Saya tidak pasti nasib Khalid Ibrahim yang juga ada pencabarnya. Begitu juga beberapa calon lain.
Dalam politik segalanya boleh berlaku. Kekalahan MP Teluk Kemang juga sedikit mengejutkan kerana beliau adalah orang bertanggungjawab mengumpulkan MP PKR dan membuat peristiharan terbuka untuk Azmin Ali. Kekalahan ini membuat beliau membuat kenyataan seperti merajuk.
Kita sangat yakin dalam pemilihan peringkat Pusat tentu pelbagai keadaan dan kekalutan boleh berlaku. Apapun itu hanya berlaku jika pimpinan pusat hari ini menganggap ianya perkara kecil. Menyapu masalah di bawah permaidani bukan contoh yang baik.
Kita boleh sahja secara mudah menunding jari bahawa ianya adalah kerja musuh terutama umNO yang menjalar di akar umbi PKR. Tiada peliknya kerana sememangnya masih ramai penyokong PKR yang berjiwa umNO kerana tidak merasai aspirasi perjuangan PKR sendiri. Namun suatu tindakan drastic perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan dan kejutan yang lebih besar yang memungkinkan PKR terdedah kepada musuh yang bertapak di peringkat atsan atau sekurang kurangnya umNO Berjaya memenangkan calon yang tidak berkemampuan memimpin PKR.
PKR masih belum terlambat…. Atas nama demokrasi barat tanpa disadur oleh Islam…segalanya terdedah kepada manipulasi dn penguasaan musuh… semoga PKR dapat menempuh ujian awal sebagai persediaan ke Putrajaya tanp memikul beban seperti Jamaludin Radzi dan osman jailu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan