Khamis, 30 September 2010

KEHILANGAN MUTIARA....

Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hati manusia, tetapi Allah mencabut ilmu dengan mematikan para ulama. Sehingga tidak tinggal orang alim, manusia mengambil orang jahil menjadi pemimpin, lalu ditanya kepadanya dan dia memberi fatwa tanpa ilmu, lalu dia menjadi sesat dan menyesatkan orang lain (hadits)

Pak Teh yang dikenali di Perak, seorang ahli majlis fatwa dan pemilik pondok di Keroh - utara Perak berhampiran sempadan Siam dikhabarkan telah kembali mengadap tuhannya pagi tadi.Ia satu kehilangan besar buat umat Islam khususnya di Perak.

Pak Teh adalah ulama terbilang yang banyak jasanya untuk umat Islam di bahagian utara. Beliau telah melahirkan ramai ulama terbilang melalui pondoknya. Ketika Perak diperintah Pakatan Rakyat beliau telah dianugerahkan sebidang tanah untuk menguruskan pondoknya. Walaupun permohonan itu telah lama dikemukan kan kepada kerajaan umNO namun ia tidak diperolehi sehinggalah PR memerintah Perak.

Umat Islam sewajarnya menangisi kehilangan besar ini. Alfatihah untuk beliau... Moga Allah membalas jasa besar dan menggantikan syurga untuknya......

Tiada ulasan: