Sabtu, 4 September 2010

LAWAQ RAMADHAN...

Cerita ahli parti masuk parti lain dah jadi cerita Sang Kelembai di Malaysia. Dulu cerita sebegini membimbangkan, menggusarkan dan mengganggu tidur, namun kini cerita sebegitu jadi cerita lawak yang digelak dek orang. umNo di Kelantan dah macam malas nak bawa cerita macam tu. Kalau ikut cerita ahli Pas keluar Pas ni ... kata Almarhum Dato Fadzil Nor..habis dah orang Pas. Boleh tutup parti...

Nampaknya cerita itu kini menjadi modal basi politi Zamry kadiaq. Tak tau le...itu cadangan Zamry atau ada orang yang nak tipu Zamry... ... ramainya...Rasenye tak payah layan lah cerita macam ni... buang masa je... Nak ambik perhatian...

Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak.- Bernama

Tiada ulasan: