Isnin, 20 September 2010
MELAKA ...BUAYA...DAN ANAK BUAYA...
Melaka adalah bandaraya bersejarah. Sejak kecil saya telah mengenali Melaka sebagai sebuah bandar yang baik untuk dilawati jika kita ingin melihat tinggalan sejarah Negara. Sayangnya yang saya temui ialah tinggalan penjajah, bukan tinggalan kegemilangan kesultanan melayu Islam di Melaka. Sejarah gemilang Islam di Melaka telah pupus oleh kegemilangan kerajaan Portugis yang dipaksakan ke atas rakyat negeri Melaka.
Melaka juga dikenali sebagai sebuah negeri yang paling banyak memiliki buaya di taman buayanya. Di Perak dulu juga ada Taman buaya di Taman Tasek SM Noor yang kini tinggal bekas. Namun melaka begitu popular dengan buayanya... Melaka seakan berbangga dengan buaya kerana saya masih ingat replika buaya ketika memasuki negeri Melaka semasa sekolah dulu. Entah masih ada atau tidak replika itu saya tak tahu walau saya pernah ke Melaka baru baru ini. tapi tidak ke taman buaya.
Buaya Melaka menjadi bahan gurauan ketika tercetusnya kes seorang remaja di bawah umur dengan Ketua Menteri Melaka pada ketika itu... Rahim Tamby Chik yang sedang buat "Comeback" malapnya kini. Saya masih ingat bagaimana kes remaja bawah umur itu dihantar ke Pusat pemulihan akhlak kerana kes seks. Bekas ketua Menteri itu adalah subjek tuduhan utama dan akhirnya di bebebaskan setelah beberapa remaja lain dikatakan mengaku pernah bersama remaja perempuan tersebut.
Cerita ini tidak terhenti di sini kerana nenek remaja perempuan itu menuntut keadilan agar yang bersalah didakwa dan bukan menutup kes dengan menghantar cucunya ke Pusat pemulihan akhlak. Lim Guan Eng yang ketika itu Wakil Rakyat di Melaka telah memperjuangkan isu ini hingga di masukkan ke penjara... Tiada tuduhan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka itu di mahkamah... beliau akhirnya direhatkan sebelum kembali semula di arena politik Melaka.
Kini Melaka sekali lagi mencipta sejarah... ia juga berkaitan dengan remaja yang terlibat dengan seks luar nikah. Jika dulu ketua menterinya dikaitkan dengan tuduhan melakukan seks dengan remaja di bawah umur, kini ketua menterinya bersimpati untuk membantu remaja terutama bawah umur yang mengandung dengan menyediakan sekolah... Ia pertama di malaysia. Melaka kini bukan lagi memelihara buaya, tetapi terpaksa memelihara anak yang lahir dari kerja buaya...
Walau mengundang pelbagai kecaman dan pujian rakyat..beliau meneruskan apa yang disifatkan cita cita murni itu. Tak ramai mufti yang berminat atau berani membuat komen berbanding dengan isu politik. Ada mufti yang menolak politik kini sangat berminat mengulas isu politik..tapi jarang sekali menyentuh isu yang sensitif bagi pemerintah...
Saya tidak berminat untuk mengulas baik atau buruknya sekolah tersebut... kerana saya lebih berminat dengan tulisan Almarhum Fathi Yakan yang menyebut... kerja kita bukan menanggung beban dan memperbaiki masalah yang lahir dari kesan kerosakan sistem tetapi kerja kita ialah memperbaiki sistem yang rosak... selagi kita berterusan menanggung kerja menyelesaikan masalah yang lahir dari sisitem yang rosak...kita akan berterusan menanggung masalah kerana masalah akan terus bertambah.... kerja kita ialah memperbaiki SISTEM YANG ROSAK!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan