Isnin, 27 September 2010

Penawar kepada yang resah!


Dari Ibnu Abbas ra berkata:Semasa ALLAH SWT menjadikan Arsy dan menyuruh malaikat memikulnya dan lalu malaikat cuba memikulnya terasa sangat lah berat.Kemudian ALLAH SWT menyuruh malaikat membaca SUBHANALLAH.Setelah malaikat membacanya maka terasa ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya.
Ketika ALLAH SWT menjadikan Adam as mula mula yg dikeluarkan dari mulut Adam ia lah bersin lalu ALLAH SWT mengilhamkan kpd Adam membaca ALHAMDULILLAH setelah dibaca ALLAH SWT menjawab “”Yarhamuka Rabbuka””(kerana rahmat itulah aku jadikan engkau) dan malaikat menjawab YarhamukALLAH. Sebaik mendengar kalimah itu berkata lah malaikat ini adalah kalimah mulia dan baik dan mengabungkan kalimah tersebut dengan membaca “”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH. Setelah membaca kalimah tersebut maka terasa lagi ringan memikul Arsy dan malaikat membaca selama lamanya.
Tatkala pengikut nabi Nuh as ramai yg menyembah berhala maka ALLAH SWT mewahyukan kpd nabi Nuh supaya membaca “”LAA ILAAHA ILLALLAH bagi mendapat keredhaan ALLAH. Setelah mendengar kalimah tersebut lalu malaikat berkata ini adalah kalimah ketiga yg besar dan baik lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi “”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAAHA ILLALLAH dan membacanya menjadikan Arsy semakin ringan serta malaikat membaca selama lamanya.
Semasa peristiwa nabi Ibrahim menjalankan korban anaknya nabi Ismail as dan digantikan dengan seekor kibas oleh ALLAH SWT dan nabi Ibrahim as menyebut “”ALLAHU AKBAR””kerana terlalu gembira nikmat yg di kurniakan ALLAH kepadanya.Berkata para malaikat inilah kalimah keempat yg sangat baik dan besar lalu menggabungkan kalimah tersebut sehingga menjadi “”SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR”’ menjadikan Arsy semakin ringan setelah membacanya dan terus membaca selamanya.
Ketika malaikat Jibrail menceritakan kesah ini kepada RASULULLAH SAW dan baginda menjawab “”LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM””. Setelah malaikat mendengar kalimah tersebut maka digabungkan sehingga menjadi“”[b]SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAA ILAA HA ILLALLAH WALLAHUAKBAR WALA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHHIL ALIYIL AZIEM[/b]””. Bertambahlah ringan arsy setelah membacanya seolah olah memikul kapas yg kecil dan ringan.

1 ulasan:

al-brangi Online berkata...

salam,

mohon dilinkkan ke bloglist tuan/puan atau tukar ke url baru seperti berikut>

http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

terima kasih banyak2.