Ahad, 17 Oktober 2010

GELAP MASA DEPAN BERSAMA MAHASISWA PERAK

Jumaat dan berakhir ahad...program umNo Perak bersama dengan mahasiswa anak Perak. Seramai 950 dikatakan hadir kurang 50 seribu...macam umur dakwah nabi Nuh... kalau untuk undi nabi Nuh dikira gagal...tetapi dakwah bukan mengutamakan undi... namun umNo Perak dikira gagal menggenapkan seribu kerana keutamaan mereka ialah undi.

Tiga hotel menjadi tempat beradu peserta yang diangkut serata Malaya ini... Hillcity, Seri Malaysia dan Excelsior... puluhan bas mendapat limpahan rezki... tak tahu siapa yang dapat...tapi ia dikira rezki terpijak.

Tiga hari dua malam mahasiswa ini di asak dengan propoganda umNo atas nama kerajaan Perak. Paling jelas pengisian penasihat undang undang umNo Pusat - Safarizam- yang mengendalikan kes rampasan kuasa di Perak. Rupenye umNo Perak masih dalam Fobia lagi tentang rampasan kuasa. Mereka boleh tipu orang kampung namun mereka gagal yakinkan kalangan mahasiswa.

Mereka boleh kata ekonomi pulih...orang kampung percaya tapi bukanya orang terpelajar dan mahasiswa. Mereka boleh kata mereka bela melayu...orang kampung percaya tapi bukannya kalangan terpelajar dan mahasiswa. Mereka boleh kata PR jahat dan Nizar derhaka...orang kampung percaya...tapi bukannya kalangan terpelajar dan mahasiswa.

Himpunan itu mempelbagaikan usaha termasuk membawa masuk pendakwakaka mereka Kazim Alias untuk berceramah... semuanya gagal meyakinkan mahasiswa yang celik maklumat dan bijak menilai.. Hadiah yang dihamburkan melalui kuiz menghabiskan masa ala budak sekolah tadika Kemas juga hanya menjadikan program tersebut main main...

Apapun tahniah buat mahaiswa yang hadir kerana mereka berjaya meyakinkan umNO Perak khususnya... masa depan mereka bersama mahasiswa adalah gelap segelap zamry atau mungkin lebih gelap lagi...

Tiada ulasan: