Galas nampaknya sedikit bergelora. Bukan kerana isu yang panas tetapi ketakutan umNO yang tak tentu pasal. Jentera kerajaan yang sepatutnya bebas seperti SPR dan mula nampak melatah. Kenyataan SPR bahawa tuntutan tambang dan perjalanan sebagai rasuah sangat melucukan. Ia respon kenyataan terbuka pengarah Pilihanraya PAS. macam itu perkara baru bagi SPR... ya memang baru ...bagi PAS tetapi dah kutai bagi keluarga BN!
JHEOA nampaknya memang dah jadi jentera rasmi BN. Baru baru ni Pollis plak telah menahan mahasiswa. Memang mahasiswa ada power! Demonstrasi Baling ialah power mahasiswa. Di Indonesia Rejim Suharto tewas di tangan Mahasiswa. Di China, darah mahasiswa di Medan Tienenment telah menukar warna komunis di China. Itu suara Mahasiswa... sesiapa yang memilih bertembung dengan mahasiswa, sejarah mencatatkan mereka akan tewas! Tahniah Mahasiswa!
1 ulasan:
sedih! mahasiswa UiTM dah hilang kuku dan taring semua dah 'neutered'
Catat Ulasan