Rabu, 20 Oktober 2010

FIRAUN NAK TENGOK TUHAN

UPDATE KISAH DARI ALQURAN

Satu kisah menarik yang ustaz aku ajor masa sekolah dulu ialah cerita Firaun yang nak naik langit tengok tuhan nabi musa. Cerita nye memang menarik tetapi akhirnya habis macam tu je... aku pun tak kaji cerita tu dah ... biarle ustaz yang ada zaman sekarang ni cerite pulak dengan versi baru..

Bukan apa...aku teringat cerita ustaz aku dulu sebab aku dengor pasal bangunan pencakar langit yang di khaborkan nak dibina bernama bangunan warisan. Khabornya 100 tingkat...wooo tinggi tu... agaknya sampai tak ke langit... ceritanya nak cakar langit... mesti ada jari jari bangunan tu kut... Kalau tak macam mana nak cakar????

Sebenarnya aku bukan kisah sangat dengan cakar tak cakar langit tu...tapi 5 bilion tu rasenye besor... kalau nak banding dengan 98 juta untuk SAR tu jauh langit dengan kerak bumi le... tapi apa manafaatnya bangunan seratus tingkat tu..?? nak kata buat pejabat ... pejabat yang ada kat KL pun tak penuh lagi... Bangunan Petronas tu dah penuh ke???

Kalau nak kata buat bangunan untuk pejabat kerajaan tak masuk akal sebab bangunan yang ade pun dah diheret ke Putrajaya. Pakatan Rakyat telah membantah atas alasan yang banyak... rasionalnya tak nampak selain kemegahan atau mungkin ada peluang projek. Rakyat bukan tak nak projek megah... tapi mana yang lebih diutamakan??? berapa banyak lagi rakyat tak tentu hala hidup deme...

Yang papa kedana bersepah merata pelusuk alam Malaysia ni.. Nak makan pun dah tak tentu waktu... susu anak pun tak tentu hala... cukai yang turnu pulak seluar dalam dan sekeperluan dengannya.....

Bagi yang hidup mewah deme dah tak peduli pasal makan sebab deme hanya pikir nak bermewah...nak pakai seluar dalam pun jenuh pikir 10 kali... warna apa??? jenama apa... bentuk apa??? tebal mana dan mungkin ada yang pikir nak pakai kat dalam ke kat luar macam Superman???

Tu belum kire lagi warna rambut...... tapi bagi yang miskin macam aku ni...pikir nak makan apa.. anak sekolah macam mana.... tu belum kire orang kampung yang duduk entah ulu banat mana lagi macam yang selalu kat dalam TV Bersamamu tu...tu yang deme jumpe... yang deme tak jumpe dan yang tak mahu orang tau banyak lagi.... tapi itule nasib bile diperintah oleh keluarga bangsawan yang tak pernah rase hidup susah... dapat pulak bini yang memang kaki joli... agaknya deme nak pikir ke pasal orang macam kite???

Apakah motto rakyat diutamakan masih boleh dipakai???

20 okt 2010...kebetulan plak hari ni tengok tajuk yang hampir sama dengan kisah Firaun tengok tuhan oleh Tuan Ibrahim ..saya kongsikan kisahnya..


(Admin : Kisah ini tiada
kaitan dengan pembinaan Warisan Merdeka, tetapi hanya sebagai bahan bacaan untuk menyelami kisah dan tauladan para pesuruh Allah)


Dan berkatalah Firaun : "Hai Haman buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta...." (al-Mu'min; 36-37).

Pada suatu hari, Firaun menitahkan para menteri serta pemimpin di Mesir berkumpul di istananya. Firaun mengeluarkan perintah kepada Haman supaya mengetuai pertemuan tersebut.

Firaun tidak berpuas hati dengan seruan Nabi Musa yang menyatakan bahawa hanya Allah sahaja yang layak disembah. Firauan mahu semua rakyat menyembah dirinya sahaja. Dia mendakwa dirinya adalah tuhan yang memerintah seluruh alam.

Sebaik sahaja semuanya berkumpul, Firaun terus berkata : "Hai Haman, adakah aku ini seorang pendusta?"

"Tidak ada seorang pun yang berani menentang tuanku," kata Haman.

Firaun berkata dengan marah: "Tetapi Musa berani menentang aku. Musa pernah mengatakan bahawa ada Tuhan lain selain aku di langit."

"Wahai tuanku, sesungguhnya Musa itu berbohong," jawab Haman.

"Aku sudah mengetahui bahawasanya dia berdusta!"

Firaun menoleh ke arah Haman lalu mengeluarkan perintah kepadanya: "Aku mahu engkau membina sebuah bangunan yang tinggi mencakar langit. Tingginya itu haruslah mencapai pintu-pintu langit. Aku hendak naik dan melihat bagaimanakah rupa Tuhan Musa itu. Bukankah Tuhan Musa itu berada di atas langit?"

"Aku akan melaksanakan perintah tuanku itu. Aku akan segera mengumpulkan jurutera-jurutera, beribu-ribu tukang kayu dan batu untuk membinanya," janji Haman kepada Firaun.

Setelah bertungkus lumus membina bangunan itu, maka siaplah bangunan yang tinggi hinggakan puncaknya tidak kelihatan. Sebaik sahaja bangunan itu siap, Firaun pun segera naik ke tingkat yang paling atas dan memerintahkan supaya di bawa anak panah kepadanya. Anak panah itu di panah ke arah langit. Dengan takdir Allah, anak panah itu kemudian terjatuh semula di hadapan Firaun. Anak panah itu berlumuran dengan darah. Padahal panah itu telah dicelupnya dengan darah sebelum dia memanah langit.

Dengan bangganya Firaun berkata : "Lihat, aku sudah pun membunuh Tuhan Musa. Tuhan Musa telah mati di tanganku. Aku yakin Musa adalah pendusta kerana dia mendakwa ada Tuhan di langit yang dapat menolongnya dan melantiknya sebagai Rasul."



Tiada ulasan: