Selasa, 12 Oktober 2010

SPESIS LEMBU BAJAK...

PAS memang jahat.... Di Kelantan PAS rampas tanah rakyat jadi ladang Rakyat. Di Kedah PAS naikkan kadar air sampai ramai yang mati dahaga serta busuk sebab tak mandi. Di Perak kerajaan Pakatan yang dulunya Menteri Besar dari PAS belasah balak sampai hutan di Perak dah jadi padang bola.

PAS memang jahat! Pas baru memerintah beberapa tahun aje dah nampak banyak jahatnya... cuma jahat tu hanya diketahui menjelang mana mana pilihanraya. Kalau tak de pilihanraya tak nampak jahat kerana dah tahu jahat itu akan jadi baik bile rakyat dah diberi penerangan keadaan sebenar yang berlaku.

Oleh kerana kerajaan menguasai media, Kerajaan boleh kata apa sahaja untuk rakyat yang bodoh dan bangang percaya. Ada juga yang cerdik dan terlebih pandai tapi jadi bodoh dan bahlul sebahlul lembu yang lari masa nak jadi korban. Lembu tu lari sebab takut mati...mungkin lebih cerdik lagi kerana lembu jadian umNo ni pergi serah tengkuk untuk dipulas oleh pemimpin mereka.

Ada yang tahap profesor tapi jadi sebodoh lembu. Demi mengisi perut, mereka ni sanggup menundukkan otak lebih rendah dari perut dan kemaluan. Hinanya!!!!

umNo boleh manipulasi cerita ikut suka hati sebab dia tahu Pakatan Rakyat takkan mampu menjawab dan menjelaskan kepada rakyat dalam tempoh yang singkat. Nak ceramah dihalang permit... nak buat surat khabar macam macam syarat... TV dan radio jangan harap...

Sebab itu banyak isu akan muncul menjelang pilihanraya kecil... umNO lontar batu sembunyi tangan.. yang jadi balaci ialah kakitangan awam seperti SPRM. Di Kedah menteri besar dedahkan masalah air berpunca dari penyelewengan zaman umNO...SPRM kata mereka akan siasat jika ada laporan...disuruhnya kerajaan Kedah buat laporan..

Di Perak...tak pasal pasal cerita surat layang yang disiarkan akhbar yang tak diketahui asal usulnya boleh pulak SPRM siasat ...pengarah SPRM dari kalangan spesis ADUN SG Rapat sekor ni laju je buat respon..kita boleh siasat walaupun hanya surat layang di akhbar.... ingat..masa isu rasuah dua ekor katak dulu pun pengarahnya spesis yang sama juga... dan semua tahu dibelakang semua ini ialah exco yang dah tak laku dalam wanita umNO Perak...

Tunggulah... bah berita PAS jahat ini akan surut selepas pilihanraya.... dan umNO buat macam tak tahu berita tipu yang dicanang merata tempat dan pelusuk negara... dengan wajah musang yang tawadhuk...mereka akan kata... kami tak tau... Tapi setelah ramainya spesis sehina lembu bajak ditipu...

Tiada ulasan: