Shapei Bedal dah kena bedal orang Kedah. depa tak tau lagi semangat orang Kedah. Sapa yang pandai pandai gatai mulut cadang Shapei Bedal jadi ketua Perhubungan umNO Kedah. Nak ambik ati orang Sabah pun biar patut padan.
Wakil pemuda Kedah..Basiron kata...walaupun akan ada yang terguris dengan kenyataan beliau tapi prinsip berkata benar walaupun pahit... agaknya siapa yang nak terguris... Shapie??? atau yang mencadangkan Shapei???
Rasenye orang yang mencadangkan shapei akan rase betapa tak cerdiknya dia cadangkan shapei kerana orang Kedah dah mula tolak dah... Tolak Shapei beerti tolak Najib tu... Takkan Najib tak tau???
Kita tunggu plak apa komen perwakilan umNO lain khususnya tentang satu Malaysia. Dengornya dah ramai yang bimbang umNo lari dari landasan melayu yang menjadi nadi umNO. Slogan Najib ni menjadi senjata diam Muhyidin walaupun secara tak langsung untuk lawan Najib.
Dengornya Mahathir pun dah cucuk jarum... Khairy macam sokong tapi bawa rebah... Kenyataan Khairy berkaitan kebimbangan kehilangan 50 kerusi parlimen.... tentu ada maksud ...aku tak pikiaq Khairy lontar saje saje bagi peluang pembangkang.
Mahathir awai lagi dah serang... Najib takkan dapat 2/3 ...macam senada je... walaupun musuh selamanya Mahathir dengan Khairy ni...sama sama nak jatuhkan Najib... Kalau dulu Mahathir kata tingkat empat mengawal Pak Lah... kini kita nanti Mahathir cakap ... Orang dalam kelambu kawal Najib...
Tunggule... retak tu dah nampak pecah seribu..tunggu terbarai je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan