Zahid hamidi adalah seorang yang kontroversi. Beliau adalah wira reformasi...tetapi senak perut sebelum reformasi berakar umbi.... Zahid akhirnya memilih menjadi pencacai yang sanggup melakukan apa sahaja demi bos nya. Anugerah tertinggi setakat ini Zahid menjadi menteri pertahanan. Namun Zahid silap dalam percaturan menimbulkan isu perkauman di saat Najib sedang menjunjung tinggi bangsa bukan melayu...
Zahid bercita cita memimpin Perak dan sedang mencatur kuasa untuk mengalahkan pengaruh Zamry kadir. Zahid merasakan beliau lebih menyerlah berbanding Zamry kerana beliau jauh lebih senior dari Zamry. Zahid pernah menjadi ketua pemuda umNO. Zamry ketika itu sedang bersama ABIM yang lebih mirip kepada PAS ketika itu..
Apapun Zahid sedang melihat masa depan gelapnya gara gara mulut celupar. Bantahan dan kritikan pelbagai pihak mungkin satu cara mematikan langkah politik Zahid.. Zahid mungkin menyedari langkah ini...dan Zahid tidak mustahil akan melakukan apa sahaja untuk menemaptkan kembali dirinya sebagai pemimpin utama... terutama di Perak...
Kritikan itu tidak hanya menyusahkan Zahid malah semua menteri bagai terhantuk hidung di tiang apabila kenyataan seperti menyesakkan dada ini keluar dari mulut bukan melayu... yang pernah berjasa untuk negara....
Bagi Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh pula, beliau lebih lantang dalam bidasannya dan menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai “tidak adil, bodoh dan rasis”.
“Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?
"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu. sumber.
3 ulasan:
Salam Sahabat saudara Blogger,
Sebenarnya apa yang dinyatakan oleh DS zahid memang betul, tetapi pihak Kementah telah pendamkan telah sekian lama supaya keharmonian kaum terjaga.Walau bagaimana pun masa DS Zahid menyatakan perkara ini adalah tidak sesuai dikala pembangkang agak kuat untuk menyanggak apa yang telah terjadi.Memang dilihat ternyata kaum lain terutamanya kaum cina memang langsung tidak pedulikan kerjaya ATM kerana gajinya terlalu sedikit. Mereka lebih rela berniaga kerana mampu menjana kewangan yang lebih tinggi. kalau ada yang masuk pun hanya yang terpinggir seperti cina baba Melaka atau cina kelantan dan Kedah.
anak menteri?? ntah-ntah PLKN pun tak payah pergi!
Kenyataan yang benar oleh zahid tetapi tidak boleh diketengahkan kerana politik dan keharmonian kaum kononnya. Tidak perlu bertelingkah, giatkan usaha, kempen serta insentif utk. menggalakkan kaum cina dan india masuk tentera dan polis. Tidak berjaya juga paksa..
Catat Ulasan