Ahad, 14 November 2010

MENANTI SUARA PAKAR... DENGAN TULUS..

Krisis PKR nampaknya tiada penghujung lagi. Ia menjadi bahan terbaik umNO untuk menutup segala aib mereka. Adat berperang tentu segala peluru akan dikeluarkan... segala kelemahan musuh akan dijejaki dan akan didedahkan... Kini Giliran PKR menghadapinya.. Ia lebih malang memalitkan najis di batang tubuh diri yang PKR wujud kerananya- DSAI.

PAS telah melalui kegetiran krisis dalaman itu. Tak pasti apakah ia akan berulang kembali dalam pemilihan tahun hadapan. Memang berlaku gelombang mengecam dan memfitnah khususnya di alam maya. Bagi mereka di luar alam maya mungkin boleh tidur lena. Seakan dilihat tertubuhnya satu gerakan tersusun mengalunkan dan menjadikan ombak itu satu gelora. Apakah gerakan itu benar benar tertubuh atau hanya di alam maya tidaklah dipastikan. Ia seakan wujud.Jika ia benar benar wujud , siapa dalangnya.?

Ramai muncul orang luar dan dalam mendakwa kasih dan sayang kepada PAS. Di atas sikap kasih sayang itulah mereka mendakwa menegur dan mengkritik pemimpin PAS...sekalipun teguran dan kritikan itu selalunya tergelincir dari adab dan akhlak Islam. Namun atas alasan sayangkan PAS sebagai sebuah gerakan Islam...ianya di halalkan. Doktor doktor falsafah dan pakar serta pelbagai penganalisis muncul di pentas yang tidak di alu alukan. Namun pandangan mereka dihormati atas alasan mereka sayang kepada PAS.... namun hakikatnya mereka tetap orang luar yang hanya mampu memberi pandangan...keputusan akhirnya dibuat oleh ahli dan pimpinan PAS peringkat kawasan yang lebih menjiwai perjuangan Islam PAS malah menyayanginya sepenuh hati dan ikhlas. Krisis itu hanya ibarat air dicincang takkan putus... itu ukhuwwah islamiah yang di ajar Rasulullah..

Gelombang PAS tidak mendasar di bawah. ia hanya berombak di atas ...itupun digerakkan oleh "orang orang" di atas atau mungkin ditengah.. tiada baling kerusi atau demonstrasi di peringkat akar umbi. Itu akhlak ahli PAS. Jika berlaku kemarahan...ia masih waras dan wajar di dalam lingkungan akhlak Islam...

Kekecohan dalam PKR jauh lebih menyesakkan dari apa yang berlaku kepada PAS. Dari akar umbi sampailah pucuk ranum yang jauh berlindung di awan tanpa mampu digapai angin. Ia mungkin dari keterbukaan PKR memberi ruang memilih kepimpinan dalam bentuk demokrasi bebas dan terbuka atas nama satu ahli ... satu undi.

Saya bukan mahu mengulas krisis dan kekalutan tersebut...sekadar terdetik di fikiran...tiadakah pakar atau penganalisis politik yang bangun memperbetulkan kekalutan ini? APakah doktor dan pakar ini yang dulunya garang hingga berkokok di atas pentas PAS...menyerang tuan rumah tanpa akhlak dan adab tidak bimbang dengan apa yang berlaku kepada PKR ini?.

Sebagai rakan PAKATAN , PAS turut merasa bahang dan panasnya. Kekalutan PKR beerti kekalutan PAS jua. Mengapa pakar dan penganalisis yang muncul dengan pelbagai platform ini diam membisu sejuta bahasa. Jika benar mereka sayangkan PAKATAN RAKYAT..sewajarnya mereka menegur dan menasihati termasuk DSAI sendiri.

Saya tidak fikir mereka jenis penakut kerana mereka berani mengkritik presiden PAS malah di atas platform PAS sendiri... di mana suara keramat mereka kini.. Krisis PKR jauh lebih dahsyat... Kalau mereka terus membisu...saya bimbang akan ada yang berangggapan bahawa teguran dan kritikan mereka kepada PAS dulu bukan dengan ikhlas untuk mendamai dan menyelesaikan kemelut... tetapi lebih kepada agenda yang dicatur..

Mereka jauh lebih berani... mengesa presiden melepaskan jawatan... akhirnya keputusan dari kekalutan itu... satu mesyuarat khas yang ditukar menjadi seminar memperkasakan parti. Mereka yang menjerit diluar dijemput agar berkokok di pentas... agar menunjukkan kematangan. sayang sungguh mereka dengan PAS... barangkali itulah realiti perjuangan Islam yang disayangi rakan dan lawan... Tetapi tidakkah mereka ini adalah kalangan yang menyanjung PKR khususnya DSAI? sepatutnya mereka lebih sayang PKR dari PAS.. tetapi suara mereka tidak segagah mengkritik kepimpinan PAS. malah berdehem pun tak kedengaran lagi.

Saya tidak hairan dengan sikap para bloger. mereka mungkin hanya menurut arus yang berlaku.. Apakah tokoh akademik dan penganalisis pakar ini semua merasakan bahawa tidak perlu mengkritik atau menasihati pemimpin PKR yang jelas bercakaran ini??? bercakar yang boleh melenyapkan PKR jika tidak ditangani dengan matang. Pakatan Rakyat turut akan menerima musibahnya...

Saya masih menanti suara keramat meraka. Tulisan berani dan "tulus" mereka... atas alasan sayangkan Pakatan Rakyat... selamatkanlah PKR dengan idea bernas anda sebagai pakar...dengan ilmu... dengau "tulus"...

Tiada ulasan: