umNO seakan kekeringan isu selain menyerang DSAI yang kini ketua Pembangkang di Parlimen. Beberapa budak suruhan seperti Zul Kulim dan bebudak hingusan terbuang PKR dijulang menjadi bahan akhbar mendapatkan isu. Mereka melihat DSAI sebagai kekuatan PR dan serangan mesti ditumpukan kepadanya. Apatah lagi kebusukan isu liwat zaman Mahathir di siram lagi dengan hanyir di zaman Najib...anak didik Mahathir dulunya.
Satu perkara yang mesti difikirkan oleh PR sekarang bukan hanya mempertahankan serta membela DSAI. Selama mana PR dengan kemampuan media dan kuasa yang terbatas mampu mempertahankan DSAI. umNO tak perlu menghalakan senjata mereka kepada isu lain. Seluruh kekuatan mereka boleh ditumpukan kepada subjek yang satu yang tentunya ia sedikit sebanyak menjejaskan . Menyerang mempunyai kelebihan berbanding mempertahankannya.
PR seharusnya sudah mula menyediakan beberapa bayangan tokoh pelbagai watak selain umNO bersesuaian dengan kehendak semasa. Jika umNO mati angin dengan TG Nik Aziz di Kelantan, umNO menanti siapakah pengganti TG Nik Aziz untuk menjadi sasaran. Mereka terpaksa menunggu TGNA turun dari kerusi MB. Setakat ini serangan hanya ditumpukan untuk mengundurkan beliau dari kerusi itu sebelum bersiap untuk menawan Kelantan.
DSAI selamanya tak boleh menjadi ikon PR. Zaman DSAI akan berlalu dan kian pudar. Siapakah tokoh yang akan dikemukan oleh PR selepas ini? Bukan seorang tokoh malah kalau boleh berpuluh tokoh agar umNO tiada peluru menyerang peribadi tokoh PR. Apakah PR hanya menunggu DSAI yang nasibnya seperti telah dirancang oleh umNO untuk dihumban ke penjara?
PAS miliki tokoh yang dikagumi yang cukup ramai. Sebagai umat Islam tokoh agama PAS terlalu ramai terutama TG Presiden sendiri. Watak TG Presiden kian menyerlah walaupun sebelum ini ada usaha dalaman sendiri menjatuhkan ketokohan beliau. Watak tokoh mederat ulama seperti timbalan Presiden boleh digilap semula . Begitu juga tokoh baru yang membarisi Naib Presiden PAS seperti Tuan Ibrahim dan Salehudin Ayub. Zaman Mahfuz mungkin telah berlalu.
Watak DS Nizar juga pernah menggegar Malaysia. Beliau mempunyai potensi besar yang membawa watak Pakatan Rakyat. PKR dan DAP juga punyai ramai watak yang boleh menonjolkan watak Malaysia yang lebih bersikap terbuka. Keterbukaan adalah gaya politik masa depan.
Mereka yang ketinggalan dengan isu basi seperti perkauman menyedari perkara ini. Najib terpaksa membawa imej satu Malaysia walaupun dalam masa yang sama beberapa tokoh umNO terpaksa mengekalkan watak rasis mereka demi penguasaan undi tradisi melayu di kampung kampung.
Apa yang mesti dilakukan segera oleh PR ialah menampilkan tokoh baru yang boleh membayangi DSAI. Masing masing parti mesti menggilap bakat dan menampilkan ketokohan pemimpin masing masing. Pendokong pula mesti bersikap terbuka dalam menggerakkan dan menyambut tokoh yang bakal dilahirkan tanpa prejudis.
Keterbukaan pemimpin PR sudah sampai di peringkat terbaik. Kenyataan Karpal yang selama ini menjadi modal BN berkaitan negara Islam sangat baik. Kesediaan beliau agar isu itu dibincangkan dan diselesaikan adalah permulaan yang positif. Ini mungkin jua pengaruh pemimpin muda DAP yang nampak jauh lebih matang dan terbuka menerima suara politik baru Malaysia.
Keadaan ini sangat membingungkan umNO apatah lagi di saat mereka belum mencapai kesepakatan. Parti parti dalam BN masih membincangkan isu perkauman .Mereka masih lagi menonjolkan sifat terkebelakang mereka di saat PR sedang jauh ke hadapan... ia peluang yang sangat baik untuk kemenangan PR dalam PRU 13...
1 ulasan:
Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!
Catat Ulasan