Najib sekali lagi cuba berdalih dan mengharapkan rakyat mempercayainya. Desas desus pilihanraya akan diadakan dalam tempoh yang tak berapa lama lagi telah lama diyakini. Beberapa indikator ke arah itu telah dipamerkan. Paling meyakinkan ialah pertemuan PM dengan ahli parlimen umNO.
Kenyataan Najib dan pemimpin umNO sewajarnya di fahami secara " mafhum mukhalafah" atau sebaliknya. Masih ingat teka teki pilihanraya Pak Lah??? Hari ni nafi esok umum... itulah budaya pemimpin umNO! jangan sesekali terpedaya apatah lagi meyakini sepenuh hati... bukan lagi lidah biawak tu... entah lidah apa pun tak tau nak kata..
Berbagai maklumat petunjuk pilihanraya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. Projek yang mengalir adalah antara petunjuk itu. Projek bukan hanya untuk menarik perhatian rakyat, tetapi yang lebih penting ialah keuntungan yang dibahagikan melalui projek tersebut. Rakyat tidak sewajarnya memahami projek itu untuk kepentingan rakyat..tetapi menilai keuntungan berganda dan atas angin yang dimiliki pelbagai pihak atas projek tersebut.
Semakin banyak projek...semakin banyak untung atas angin yang dapat. Umum mengetahuI kedudukan ekonomi Malaysia. Walaupun dicanangkan ia semakin pulih... meningkat...stabil dan sebagainya... namun hakikatnya rakyat sedang menderita dengan pelbagai tekanan kenaikan perkhidmatan dan barangan.
Ada maklumat dari media Singapura kononnya kerajaan Malaysia telah mencetak tambahan duit. Jika ini berlaku.. bermakna duit dalam poket kita ditarik secara ghaib... Ni bukan kes toyol curi duit... lebih hebat lagi... Kalau benar berita tersebut... beerti nilai matawang kita semakin rendah... beerti nilai duit kita seringgit dalam poket mungkin menjadi 90 sen tanpa disentuh .. ia hanya disedari apabila tukaran asing di buat.
Petanda pilihanraya ini menuntut kerja keras bagi mempastikan negara tidak berterusan dengan tekanan kenaikan harga barang khususnyan minyak dan barangan keperluan harian... Jika ia berlaku dalam tempoh terdekat... kita adalah penentunya...apapun Tenang bakal menjadi exercise terbaik untuk PR dan BN menguji jentera dan kekuatan parti
2 ulasan:
tak lama dah ni..
(Ada maklumat dari media Singapura kononnya kerajaan Malaysia telah mencetak tambahan duit.)
betulker nie..atau penulis ada niat lain tak..?janganlah macam tu sekali....fitnah melampau lampau....
Catat Ulasan