umNO sekali lagi menzahirkan sokongan kepada judi. Kenyataan TPM dilihat menyokong secara halus sebahagian masyarakat bukan Islam yang menentang tindakan kerajaan Kelantan terhadap kedai judi . Kali ini umNO lebih berhati hati setelah melihat kebangkitan rakyat menentang judi sukan suatu ketika dulu.
Umum mengetahui umNo adalah parti Pragmatis. Segala tindakan mereka bergantung kepada keuntungan politik . Soal halal haram bukan pertimbangan umNO. Mana yang ramai sokong itulah sikap umNO sekalipun menggadai agama.
Judi adalah isu masyarakat. Walaupun berhujah bahawa agama lain tidak mengharamkan judi, namun agama lain juga difahamkan tidak menggalakkan judi. Tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan bukan sahaja melaksanakan undang undang, tetapi juga mendidik dan menjaga rakyatnya. Judi diketahui dan diakui semua masyarakat bukanlah budaya murni dan baik. Tidak ada bijak pandai yang mengiktiraf judi sebagai kebaikan melainkan tahi judi.
Kerajaan yang baik mesti menjauhkan rakyatnya dari budaya tidak baik. Itulah kerajaan bertanggungjawab dan amanah. Jika dalam isu undang undang jalanraya kerajaan begitu bertegas kononnya atas alasan menjaga keselamatan rakyat, maka mengharamkan judi juga adalah tindakan menyelamatkan rakyat. Menyelamatkan keharmonian keluarga rakyat.
Takkan ini pun TPM tak boleh fikir? Kenyataan Muhyidin ini dilihat sebagai menghasut masyarakat bukan islam menentang tindakan bertanggungjawab kerajaan Kelantan. baca
Muhyidin harus menjawab adakah judi amalan positif atau negatif? baik atau buruk? Jika beliau berpendapat ianya amalan baik ternyata Muhyidin terlalu jahil...jika Muhyidin mengakui ianya tidak baik...mengapa beliau tidak menyokong tindakan kerajaan Kelantan?
Judi bukan suruhan mana mana agama... Sebab itu kerajaan islam berhak menghalang kerana Islam hanya memberi kebebasan beramal dengan agama masing masing. Judi bukan amalan mana mana agama. Ia budaya negatif!!! Tidak ada alasan sebuah kerajaan yang baik menghalalkankannya...melainkan kerajaan itu sangat tidak bertanggungjawab!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan