Ahad, 24 April 2011

DR. AZIZ MENGAMUK JUGA....


Akhirnya umum dapat melihat sikap jelas pendokong dan pemimpin PAS yang teguh bersama kepimpinan Presiden PAS TGHH. Kenyataan Husam Musa yang dikaitkan dengan golongan anti TGHH sebelum ini mematikan usaha pihak luar dan blogger yang cenderung dengan usaha menjatuhkan kepimpinan ulama TGHH. Ada blogger sudah mula lunak hasil kenyataan Husam ini. mungkin juga masih mencari ruang lain..

Kenyataan kepimpinan PAS yang menyokong TGHH menimbulkan persoalan terhadap agenda Aziz Bari yang turut menyatakan beliau mendapat maklumat dari keresahan kalangan dalaman PAS. Mungkin sumber Aziz Bari seorang tokoh undang undang yang entah macam mana terselit sebagai pemerhati politik sekadar merujuk PAS bukit Bintang.

Sehingga kini , kalangan pemimpin PAS, hanya Khalid Samad dilihat tidak bersama arus mempertahankan TG Presiden... mungkin beliau sebahagian dari sumber keresahan yang dimaksudkan Aziz...mungkin juga tidak. Terkini Aziz menafikan dakwaan bekas pemimpin PKR bahawa ia budak suruhan DSAI.

Bersetuju dengan kenyataan bekas pemimpin pemuda PKR bukan sesuatu yang bijak kerana pemimpin yang meninggalkan perjuangan dan parti beliau tentunya mempunyai kebencian yang barangkali tidak lahir dari keikhlasan.... Namun penafian Aziz Bari itu seakan sama sikapnya "mengamuk " dengan pemuda PAS Wilayah yang didakwa Aziz mengamuk kerana mempertahankan TGHH sebelum ini.


KUALA LUMPUR, 23 April — Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari yang awal minggu ini menyifatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan agar parti itu menerima perubahan kepimpinan menafikan beliau bertindak sebagai “orang suruhan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Sebaliknya, ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa ini menegaskan, beliau hanya membuat pandangan sedemikian berdasarkan pengamatannya, selain menerima input daripada pelbagai pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Faktanya ialah saya tidak menjalankan arahan DSAI (Ketua Umum PR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Ini fitnah, ini tak betul sebab ia tidak wujud. Persepsi orang itu soal mereka. Tetapi mereka tak boleh kata saya ini orang suruhan DSAI.

“Sebab ini memang tidak wujud. Saya komen sendiri tanpa diarah atau berbincang dengan DSAI,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pemimpin Angkatan Muda PKR Johari Md Yassin semalam, yang mendakwa penganalisis itu nenerima arahan daripada Ketua Umum PKR itu.

Kenyataan Aziz menafikan tuduhan bekas pemimpin muda PKR itu lebih lagi bersifat mengamuk kerana siapalah Johari dalam politik Malaysia?

Aziz membangkitkan kekalahan Trengganu dan kegagalan Sarawak serta projek DSAI 16 Sept sebagai asas kritik kepada Presiden PAS. Ramai juga yang beranggapa beliau bersifat ikhlas dan terbuka mengkritik PAS... Namun dilihat sifat terbuka itu tidak berlaku kepada PKR...parti yang aziz dilihat lebih dekat.....

Aziz mendiamkan diri dengan kritikan dan keresahan dalaman calon PKR termasuk timbalan dan pemuda dalam pemilihan lalu. Apakah ketika itu aziz bisu atau sedang beradu? Di mana suara dan kritikan ikhlas beliau ketika bukan hanya keresahan malah protes terbuka dalam pemilihan nPKR diperingkat tertinggi...

Semua kritikan itu tertumpu kepada DSAI??? Apakah Aziz tidak dengar atau takut mengkritik DSAI? Apakah tokoh sebegini boleh dilihat terbuka dan ikhlas ketika mengkritik PAS? Mungkin penyokong PKR lebih mudah menerima pandangan Aziz dari penyokong PAS kerana dekatnya aziz dengan PKR dan tarbiah yang diterima oleh penyokong PAS selama lebih 60 tahun dipersada dakwah dan politik Malaysia...

Aziz mungkin profesor di Universiti... tetapi di sisi dakwah dan politik negara...aziz masih hingusan berbanding petani dan nelayan dalam PAS yang berjuang sebelum aziz timbul disebalik kebangkitan perjuangan DSAI...apatah lagi memahami perjuangan PAS yang berasaskan perjuangan mendaulatkan Islam..!!!

PRN Sarawak adalah loncatan awal Aziz menyeret TGHH dalam medan kritikan beliau... Kalau Aziz ikhlas... PAS sebenarnya jauh kehadapan dalam nafas poklitik Sarawak kerana peningkatan mendadak sokongan kepada PAS... Bagi mereka yang bergelumang dengan nafas perjuangan PAS dan Islam di bumi Sarawak tentu tahu berapa kali PAS hilang pertaruhan. Jika perbandingan dulu dan PRN Sarawak yang terkini...ternyata PAS jauh melonjak kehadapan...

Atau Aziz beranggapan TGHH gagal kerana kalah lima kerusi ditandingi???? Berapa pula kerusi yang PKR Kalah??? Mungkin cara perkiraan begini tiada dalam hati dan pemikiran orang yang tidak mahu mencari kebenaran selain mencari peluang kelemahan.... saya tidak fikir ia cara seorang yang ikhlas...

Aziz juga tidak mengambil kira faktor kekalahan PAS secara adil.... apakah dari awal PAS telah gagal atau ada faktor lain yang menganggu strategi dan percaturan kempen PAS? Kajian ini mungkin boleh memberi sedikit jawapan....

Kajian Zentrum yang dipimpin oleh Dr Abu Hassan Hasbullah sebelum pengumuman baru bian sebagai km meramalkan, PAS akan menang di tiga dari lima kerusinya iaitu N24 Beting Maro (PAS 53%, BN 47%), N22 Sebuyau (PAS43%, BN 40%, Bebas 17%) dan N3 Tanjong Datu (PAS47%, BN 35% dan Bebas 18%). Dua lagi kerusi PAS adalah N20 Sadong Jaya (PAS 41%, BN 43% dan Bebas 16%) dan N15 Muara Tuang (PAS48% dan BN 52%).

Apakah faktor dan kajian ini dilupakan atau digelapkan Aziz??? Ternyata kempen BN selepas pengumuman Baru Bian menjurus kepada isu tersebut... Jentera PAS seakan terpukul dengan iau tidak terduga ini. Mungkin PKR pimpinan DSAI berjaya dalam strategi tersebut... namun apa yang ditanggung dan terpaksa dibayar oleh jentera PAS?

Umum mengetahui PAS bertanding di kawasan Majoriti muslim. Isu agama khususnya persaingan Kristian dan Islam sangat sensitif di Sabah dan Sarawak. Penyokong Islam di Sabah menolak PBS kerana isu Kristian sekalipun mereka juga membenci umNO. Pengundi melayu di Sarawak juga begitu...mereka terperangkap antara membenci Taib Mahmud dan Calon KM Kristian...

Saya tidak fikir Aziz tidak terbaca kajian dan realiti ini.... ia bukan sifat akademik yang terbuka melainkan ada agenda tersembunyi yang mungkin hanya Aziz mengetahui...

Berkaitan isu Trengganu ...ia hanya penambah perisa Aziz tanpa fakta... Umum mengetahui bagaimana umNO berkerja bagai nak gila dengan penipuan terang- terangan... 2004 menyaksikan Selangor lewat menutup pusat pengundian gara gara penbgundi yang didakwa lewat balik dari Trengganu untuk mengundi di Selangor pula.... banyak isu penipuan telah didedahkan...

Sebenarnya kenyataan Aziz mungkin disebabkan kekecewaan beliau dengan kegagalan PR ...lalu beliau cuba melepaskan kekecewaan itu dengan mencari kambing hitam... sayangnya aziz mendedahkan dirinya kepada penilaian umum... Profesor aziz bari hanya setaraf Aduka Teruna....

dan Aziz mengamuk juga bila kritikan Johari dilontar kepadanya...

(video kempen BN tentang Baru Barian)

2 ulasan:

hussin berkata...

utusan sedang berkempen untuk nasharuddin mat isa, kenapa sayang sangat utusan akan makhluk 'perosak' ini. 'perosak' bagi akar umbi pas, tetapi 'sahabat' karib bagi umno!

mustafa ali bukan bagi peluru kepada umno, sebaliknya, dia sedang melepaskan tembakan bertubi2 terhadap pas!

"penentu masa depan pas

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/04/penentu-masa-depan-pas.html

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) berkata...

Golongan Sabaiah menyokong S .Ali semasa menentang Muawiyyah... Apakah sokogan itu ikhas? dan apakah saidina Ali menyokong Sabaiah??