Rabu, 6 April 2011

TERTINGGAL KERETA LEMBU...

Isu yang dah mati...malah mungkin kalau dikebumi dah jadi tahi cacing.... baru bertemu jawapan...mungkin kerana selama ini mulut tu penuh dengan coklat...nak jawab pun susah... akhirnya dia sampai juge setelah tertinggal kereta lembu...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini mengulangi hak masyarat bukan Islam untuk membaca dan menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan syarat ia dilakukan dengan ikhlas dan tanpa niat jahat.

NONE“Tidak salah kalau mereka mahu belajar atau mengetahui lebih banyak mengenai Islam. Agama tidak melarangnya. Tetapi mereka mesti ikhlas,” kata Jamil Khir ketika menjawap soalan lisan daripada Datuk Ibrahim Ali (Bebas - Pasir Mas).

Namun, beliau memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah-langkah serius bagi mempertahankan kedudukan Islam sebagai agama rasmi seperti yang digariskan dalam perlembagaan.

“Seseorang tidak boleh sewenang-wenangnya menterjemahkan ayat-ayat al-Quran sesuka hati tanpa rundingan ataupun perbincangan,” katanya.

1 ulasan:

janggut berkata...

Katak skoq ni gila talaq....dok nak bodek umno....pi..rah,sampai mati pun rak ada parti nak kat hg SANG KATAK oooii...kalau ada pun parti dalam ayiaq hancaq dlm parit ka,kelebuq tong taik ka...yg tu hg boleh masuk.