Jadi ke demo BERSEH? itu antara soalan popular kini. Bila ditanya mengapa pulak tak jadi??? jawapannya... kerana polis dah ancam nak tangkap... ha..ha..ha... sejak bila pulak polis tak ganggu dan tangkap demo selain pennyokong kerajaan terutamanya PAS??? bukan ke kalau polis tak kacau tu bukan demo namanya.... seingat saya hanya sekali polis tak tangkap demo PAS menentang perbuatan kerajaan.... masa demo minyak di stadium...Itu pun mamat mana tah terpikir nak buat demo kat stadium...siap konsert tunjuk punggung lagi... nasib baik aku tak pegi....
Kalau di ambil pepatah orang dulu... "sejak bila syaitan tak ganggu anak adam??? " mungkin boleh dianalogikan dengan situasi demo anti kerajaan dengan polis yang ganggu... bukan nak kata polis yang kacau tu sama dengan syaitan pulak... tetapi lebih kurang le kalau tak lebih pun....
Kalau di zaman Pak Lah pun polis kacau demo kita.... apa di harap di zaman Najib anak didik Mahathir ni??? tambah pulak timbalan ketua polis nya ialah si Khalid yang memang semua dah kenal macam mana dia memusuhi Pakatan rakyat. Baca saja kenyataannya yang kekadang lebih dari umNO... nak heran apa??? kalau tak kipas punggung bos nanti tak merasa pulak jadi ketua Polis Negara...
Lihat sahaja demo yang menentang BERSEH seolah dapat permit dan bebas tanpa sebarang kenyataan dari Khalid ni.... Kenyataan ganas dan hasutan Brahim katak langsung tak sampai ke telinga pekak depa ni... Brahim pernah isytihar perang salib... baru baru ni kenyataan keras perkauman kepada Ambiga dan Cina... Aku tak pikir kenyatan begini sesuatu digalakkan dalam konsep satu Malaysia.... kalau dari Pakatan Rakyat sah dah kene siasat berpuluh kali....!!!! dak kene hukum pun agaknya...
Pendokong keadilan dan pencinta kebenaran tak sewajarnya bertanya jadi atau tidak... yang perlu ditanya ialah macam mana nak pergi kalau jadi dan macam mana nak bagi jadi kalau terganggu di perjalanan nanti... Kalau hanya kerana isu bahasa polis dah tahan peserta sejak dari keluar tol lagi... ini isu keselamatan..keselamatan kerusi dan perut pak menteri dan umNO...lagi penting untuk diselamatkan.
Masa demo bahasa.... bas ditahan di pintu tol...dari utara di tol duta...siap diiring polis... ada yang ke balai dan ada yang diarah pulang...yang ditangkap masa demo... yang kene penerajang, yang kene sembur air kencing setan dan gas pemedih mata tak terkira...
Bagi pencinta kebenaran dan keadilan... air kencing setan tu ibarat pencuci najis mughalazah, gas pemedih mata ibarat pencuci mata yang mungkin dah banyak tengok dosa.... kalau semua tu tak de...kedatangan dari seluruh pelusuk negara seakan menjadi kedatangan dan pengorbanan yang sia sia...
Tangkap pendemo dah jadi kerja polis zaman umNO ni...kalau polis tak tangkap itu tanda polis tak buat kerja... keutamaan menangkap pendemo mungkin lebih utama dari menangkap pengedar dadah dan pembunuh tantuya.... agaknya le .....NKRA menteri tak tercapai....
Kalau Saberi Chik mencapai NKRA dengan kononnya mengumpulkan sejuta belia dan bebudak sekolah yang berkhemah... maka NKRA Hisyam mungkin menangkap 100 ribu peserta demo agaknya... baru orang tak kata Hisyam menteri lembik dan lemah longlai lagiiiiiiiiiiii...... ini NKRA untuk menteri lembik agaknya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan